Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Rafizi kalah rayuan kes OSA, hukuman penjara kekal

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Mahkamah menolak rayuan Rafizi Ramli daripada hukuman 18 bulan penjara berhubung pembocoran maklumat rahsia audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Azman Abdullah mengenepikan sabitan kesalahan naib presiden PKR itu bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki laporan audit syarikat itu.

Namun hakim mengekalkan kesalahannya mendedahkan akaun Jabatan Audit Negara itu, dikelaskan bawah OSA, kepada umum melalui sidang media pada Mac 2016.

Walau satu daripada dua sabitan kesalahan gugur, wakil rakyat itu masih berdepan hukuman penjara 18 bulan apabila kesalahan berjalan serentak.

Proses rayuan terakhir akan dikemukakan pihak Rafizi di mahkamah rayuan, kata peguamnya Gobind Singh Deo.

Ahli parlimen Pandan tidak boleh bertanding lagi jika hukumannya tidak dikurangkan sebelum tarikh pilihan raya umum yang dijangka selewat-lewatnya Ogos tahun depan.


No comments