Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa
pemimpin PAS seolah-olah begitu panik dengan rancangan peralihan kuasa
perdana menteri Pakatan Harapan (PH) seperti yang dijanjikan pada
pilihan raya umum lalu.
Ini susulan beberapa pemimpin PAS yang
menyerang PH menjelang mesyuarat majlis presiden pada Jumaat ini untuk
merperincikan butiran rancangan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Mengapakah pemimpin PAS panik mengenai janji peralihan kuasa Pakatan Harapan?
“Secara
tiba-tiba, para pimpinan PAS kini kelihatan seakan-akan mereka adalah
pakar dalam bidang perlembagaan yang layak untuk menjawat jawatan tinggi
kehakiman, tanpa mengambil kira sama ada mereka mempunyai sebarang asas
ataupun tidak dalam bidang tersebut.
“Antara
rahmat yang patut disyukuri oleh segenap rakyat di negara ini adalah
hakikat yang sebenarnya para pemimpin PAS ini tidaklah menjawat sebarang
jawatan tinggi kehakiman di dalam negara kita,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Tanpa menyebut sebarang nama, Lim berkata
seorang pemimpin PAS dengan latar belakang perundangan mendakwa bahawa
perbincangan Dr Mahathir mengenai isu peralihan kuasa kepada Anwar
mencabuli kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Kenyataan ini membuatkan
saya terfikir, daripada manakah beliau mendapat ilmu perundangan
beliau,” kata Lim yang jelas merujuk kepada Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Beliau
juga berkata, bahawa seorang lagi pemimpin PAS mendakwa Majlis Presiden
PH tidak mempunyai locus standi untuk menentukan siapakah yang akan
menjadi perdana menteri. Kenyataan itu sebelum ini dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.
“Mungkin,
jika diperlukan satu bentuk ujian kecerdasan asas, kita akan dapat
lihat pengurangan kenyataan tidak masuk akal daripada para ahli politik.
“Kita dapat lihat dengan jelas sekali, semua kenyataan ini
dikeluarkan oleh para pemimpin PAS kerana mereka tidak mahu Pakatan
Harapan untuk menepati janji pilihan rayanya.
“Namun begitu,
pemimpin PAS juga amat rakus dalam menyerang Pakatan Harapan mengenai
isu janji dan manifesto pilihan raya,” katanya.
Lim berkata PAS memilih untuk berkerjasama dengan para kleptokrat pada pilihan raya umum lalu perlu membuat keputusan.
PAS
sedang berusaha memujuk Dr Mahathir supaya terus memegang jawatannya
dan secara terbuka menyatakan mereka akan membentangkan undi percaya di
Dewan Rakyat bagi membuktikan sokongan itu.
Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata ada yang mahu dirinya kekal
sebagai perdana selama "22 tahun" lagi tetapi memberi jaminan bahawa
beliau akan melepaskan jawatan selepas tamatnya Sidang Kemuncak
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November.
PH
pada pilihan raya umum lalu memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri
dengan persetujuan bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar
sebelum penggalnya berakhir. Walau bagaimanapun tiada tarikh tertentu
ditetapkan.
Anwar berkata kemungkinan tarikh rancangan peralihan akan dibincangkan semasa mesyuarat majlis presiden pada 21 Feb ini. ............................................................................................................................................................... Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...
Mengapa PAS panik tentang janji peralihan kuasa PH?
Reviewed by DetikDaily
on
February 18, 2020
Rating: 5
Laman web www.detikdaily.net di tutup , sila layari "laman backup" di https://detikoffline..my/.
Sebarang Kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :webmaster.detik@gmail.com
No comments