Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Dr M ulangi alasan bantah PPBM keluar PH

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tiada alasan untuk menolak Pakatan Harapan, walaupun ada cakap-cakap DAP menguasai gabungan parti pemerintah ketika itu.

Dalam satu klip video dimuat naik ke media sosial, Mahathir yang juga pengasas bersama PPBM berkata, DAP tidak mungkin dapat menguasai PH kerana beliau tidak akan membenarkannya.

“Saya sebagai perdana menteri tak mungkin bersetuju dengan apa juga cadangan yang tidak memberi pertimbangan kepada semua pihak, khususnya orang Melayu,” katanya mengulas gambar beliau menemui beberapa pemimpin tertinggi politik selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.

Mereka yang dilihat dalam gambar itu ialah Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, Presiden Warisan, Shafie Apdal, Timbalan Presiden PKR ketika itu, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Whip GPS, Fadillah Yusof.
Mahathir berkata, dalam pertemuan itu, mereka membincangkan cadangan PPBM keluar PH, tetapi beliau menasihatkan ia difikirkan secara teliti.

“Akhirnya, mereka bersetuju memberi masa kepada saya untuk bersetuju dengan cadangan mereka.
Bahkan Muhyiddin memberi masa kepada saya selama seminggu untuk membuat keputusan.

“Namun demikian, ternampak bahawa mereka sudahpun merancang untuk melaksanakan keluaran dari Pakatan Harapan.

“Selepas daripada perjumpaan di rumah saya, maka ketua-ketua parti ini telah pergi ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.”

Katanya, beliau tidak pergi ke Istana Negara kerana mahu memikirkan perkara itu.

Walaupun sebelum itu, beliau berkata, Muhyiddin menemuinya secara peribadi banyak kali untuk memintanya bersetuju dengan cadangan PPBM meninggalkan PH.

“Saya tidaklah tolak dia sama sekali, cuma saya kata akan fikir berkenaan perkara ini,” katanya sambil menambah beliau terkejut dengan cadangan itu.

“Tetapi, saya tidak bersetuju untuk keluar kerana pada masa itu, saya berpendapat bahawa saya adalah daripada parti Pakatan Harapan yang menang dengan perjuangan untuk menjatuhkan (bekas perdana menteri) Najib Razak.

“Jadi, saya fikir agak pelik bagi PPBM yang menolong menjatuhkan Najib, dicadang supaya bekerjasama dengan Najib.”

Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan PPBM meninggalkan PH, walaupun dengan dakwaan gabungan itu dikuasai DAP.
...............................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments