“Mai Cheq oii ke Negeri Kedah”
Oleh SARINA ISMAIL
TIDAK sampai 5 hari lagi Kedah akan menjadi tumpuan pemerhati politik serta kunjungan para perwakilan dan pemerhati bagi Muktamar PAS ke-63 dari seluruh Malaysia. Negeri Jelapang Padi yang kaya dengan keunikannya tersendiri bersama keramahan penduduknya sedia menerima tetamu jauh dan dekat apatah lagi untuk berkampung di sini.
Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia yang berkeluasan kira- kira 9,245KM persegi.Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand.
Selain itu ia juga bersempadan dengan Negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Uniknya Kedah, pengunjungnya boleh ketiga buah negeri melaluinya serta menjelajah hingga ke negara jiran, Thailand.
Keunikan dan keramahan penduduk Kedah bukan omong kosong malah ia telah mashyur di seluruh Malaysia. Walau loghat Kedah yang dikatakan agak kasar namun ia menjadi perhatian dan mudah difahami serta sering menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Majoriti penduduk Kedah menjalankan aktiviti pertanian dan tentunya banyak menumpukan kepada penanaman padi sesuai dengan jolokan namanya Jelapang Padi selain menjadi penoreh Kedah di beberapa daerah seperti Sik, Baling,Padang Terap dan Pendang, namun tidak kurang juga bekerja di industri sama ada di Kulim, Jitra, Sungai Petani serta melepasi sempadan ke Pulau Pinang.
Di sesetengah tempat seperti di Sik dan Baling, kedinginan paginya masih terasa bersama kehijauan pepohonan ditiup udara segar dan bersih tetapi fenomena itu jarang lagi dapat dirasai di sebelah Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Jitra dan lain-lain memandangkan hutan batu menguasai iklim setempat.
Sebut tempat peranginan, pengunjung jangan merasa resah. Kedah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati bukan sahaja untuk berehat malah dapat melihat kesan-kesan peninggalan sejarah.
Antara tempat menarik yang lokasinya berdekatan dengan tempat Muktamar PAS Pusat berlangsung, termasuklah Muzium Padi dan Gua Gunung Keriang yang terletak di Gunung Keriang, Anak Bukit.
Pengunjung juga boleh melawat Menara Alor Setar yang dikatakan kedua tertinggi di Malaysia dan dari atas menaranya pengunjung boleh melihat pemandangan seluruh bandaraya hingga ke kawasan sekitar yang dikelilingi sawah padi hingga sayup mata memandang. Dikawasan pemerhatian (Observation Area) setinggi 88 meter turut disediakan teropong automatik untuk pengunjung melihat pemandangan lebih dekat dan jelas.
Jangan lupa, berhenti sekejap di Aman Sentral walau pun tidak bertujuan membeli-belah tetapi kenangan terindah hasil usaha Allahyarham Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak membangunkan Plaza Tunku Yakkob yang terbengkalai selama 30 tahun .
Tidak sampai lima tahun PAS menerajui Kedah di bawah pentadbiran beliau, ia dapat dibangunkan dan kini pemimpin Umno-BN mendapat laba dan nama. Pengunjung dapat melihat sendiri kejayaan pemimpin dari parti ‘Lebai’ yang kononnya hanya pandai membaca khutbah di masjid-masjid dan surau.
Letih berjalan, jangan lupa singgah solat di Masjid Zahir yang terletak tidak jauh dari Aman Sentral.
Masjid yang berciri rekabentuk yang unik itu mempunyai kubah besar berwarna hitam dan diikuti empat kubah kecil melambangkan rukun Islam.
Selain itu, jangan lupa berkunjung ke Masjid Al-Bukhori yang terletak di persimpangan Jalan Langgar. Masjid yang menjadi mercu tanda baru Bandaraya Alor Setar mempunyai rekabentuk bercirikan Timur Tengah seperti Iran, Madinah dan Mesir.
Ia boleh memuatkan sehingga 15,000 jemaah pada satu masa. Selain itu, terdapat lapan buah bilik pengajian, lima bilik wuduk lelaki dan wanita, bilik pengurusan jenazah, bilik imam, bilik mesyuarat dan tidak ketinggalan kemudahan untuk orang yang kurang upaya seperti tandas khas dan 2 unit lif.
Datarannya pula mempunyai kolam dan aliran air dibentuk berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan
.
Kedah mempunyai keistimewaan makanannya tersendiri yang jarang dapat dinikmati di negeri lain. Pulut tanak bersama kelapa parut dan ikan kering menjadi santapan pagi terutama Pak Tani sebelum turun ke sawah.Ia bukan sahaja enak malah menyenyangkan dan selain itu ia juga dihidangkan bersama buah mempelam.
Laksa Telok Kecai yang sememangnya popular di kalangan penduduk utara Kedah terutama di Alor Setar dan Kuala Kedah dihidangkan bersama sambal kelapa.
Laksa Ikan Seekor,Laksa Sotong, pulut inti, tapai , pek nga dan kuih muih antaranya, dangai, qasidah serta lain-lain rugi sangat kalau tidak menikmatinya. Malah sebelum pulang jangan lupa ikan pekasam sebagai buah tangan. Ikan pekasam Kedah kebanyakannya ikan darat yang ditangkap di sawah padi serta tali air berhampiran.
Andai mahu bercuti, Pulau Lagenda Langkawi sedia menanti.
Naik bot di Jeti Kuala Kedah, kirakira satu jam setengah akan sampai ke destinasi seberang sana. Asal poket penuh boleh sahaja melawat semua tempat menarik di Langkawi sama ada Under Water World, menaiki kereta kabel Langkawi, muzium seni Art Paradise, menginap di hotel-hotel di Pantai Chenang sambil menikmati keindahan pantainya yang putih bersih namun jangan sesekali lupa, singgahlah di Hotel Adya.
Hotel Adya merupakan hasil dan idea peninggalan Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar Kedah dahulu.
Senibina dan reka bentuknya menepati ciri Islam dan pengasingan kolam mandi antara lelaki dan wanita serta terselindung dari pandangan umum walau berada di hotel berkenaan.
Bila sudah berada di Langkawi, jangan pulang selagi tidak singgah membeli minyak gamat, ibu gamat atau ke pusat membeli belah yang menawarkan harga yang agak murah dibandingkan di tempat-tempat lain.
Kunjungilah pusat membeli belah Haji Ismail Group(HIG) dan andai perlu penginapan boleh juga menyewa di Hotel HIG yang bersebelahan kompleks membeli belahnya. HIG merupakan antara penyumbang kepada kemajuan institusi pendidikan PAS terutama di Langkawi.
Sebelum pulang ke kampung halaman, jengahlah sebentar di Kuala Ketil. Lihatlah betapa tersergam megah Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah yang menjadi buah hati Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak sewaktu ketika dulu.Lihatlah bagaimana besarnya jiwa seorang pemimpin PAS yang cintakan pendidikan berusaha mendirikan sebuah kampus tetap dalam tempoh tidak sampai empat tahun bersama pelbagai ujian dan tribulasi.
Akhirnya ia dapat disempurnakan perasmiannya oleh KYDMM Yang DiPertuan Agong walau pun sakit bagai disiat-siat dihati pemimpin Umno-BN Kedah.
Ada masa boleh juga melawat Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah kelolaan PAS yang berada di merata pelusuk bumi Kedah selain pondok-pondok pengajian selian HESA. Jangan lupa kongsikan sedikit pendapatan untuk membantu pembangunan institusiinstitusi berkenaan agar terus subur dan mekar.

No comments