Mujahid nafi sebut henti ‘serbuan khalwat’
KUALA LUMPUR, — Menteri di Jabatan Perdana Menteri menafikan ada menyebut mahu menghentikan “ketukan pintu pada waktu malam” dalam serbuan khalwat seperti yang dilapor media semalam.
Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata laporan akhbar berbahasa Inggeris itu memetik beliau bercakap demikian, adalah tidak keluar dari mulutnya tetapi adalah rumusan akhbar itu, lapor TV Hijrah.
“Saya tidak pernah menyebut isu kononnya dihentikan pada waktu malam, tidak diketuk pintu. Itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka sendiri daripada kenyataan saya.
“Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ruang awam dengan ruang peribadi, dan juga mengenai salah guna kuasa serta pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam,” katanya.
Wakil rakyat Parit Buntar itu meminta semua pihak agar merujuk rujuk soal jawab dalam akhbar itu “yang lebih tepat dengan maksud yang saya ingin sampaikan.”
Semalam The Star melaporkan Mujahid berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi mahu penguat kuasa agama menjadi “polis moral” dengan mencampuri urusan peribadi orang awam.
Katanya, beliau menasihatkan semua agensi bawah seliaannya agar tidak bertindak terhadap perkara yang dilakukan dalam kawasan persendirian dan rumah individu.
Ini termasuklah penguatkuasaan khalwat yang menurutnya mengundang kepada salah guna kuasa dan eksploitasi.
Mujahid dijangka memberi penjelasan penuh mengenai penguatkuasaan jenayah khalwat esok. — Bernama

No comments