Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Berhujahlah dengan disiplin ilmu

Oleh Rahman Imuda

Kenyataan Dr Mujahid berkenaan tiada lagi serbuan maksiat akan berlaku perlu dibaca dengan lebih cermat.

Jika dibaca sekali pandang, memanglah kenyataan Mujahid seolah-olah mahu melepaskan tanggungjawab pemerintah untuk "mencegah" kemaksiatan.


Beberapa sarjana Islam menentang kenyataan Mujahid - seperti mufti dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Ada pula sarjana yang menyokong - contohnya mufti Pulau Pinang.

Hal ini menunjukkan ada perbezaan pandangan dalam kalangan sarjana tentang isu ini. Perbezaan seperti ini adalah hal biasa.

Orang awam harus menilai perbezaan pandangan ini dengan hujah.
---
Perbahasan tajassus (mengintip dosa peribadi dan mendedahkan aib) memang wujud dan pernah dibahaskan dengan terperinci oleh Mufti Wilayah. [1]

Hal ini bermakna Mujahid tidak melakukan keputusan kerana "anti Islam", "dorong kemaksiatan" atau "tanpa dalil dan hujah".

Persoalan tajassus sudah dibahaskan oleh ulama silam dan sehingga kini perbahasan masih berlaku - tentang tajassus seperti apa yang boleh dilakukan.

Aib peribadi yang dimaksudkan bersifat tertutup. Tadi aku melihat ada komik jenaka - katanya akan wujud hotel maksiat kerana tiada serbuan.

Aib peribadi tidak bersifat seperti itu, ia tertutup. Pelaku pula semampunya cuba menutup. Misalnya ada individu yang menyeru atau mengumumkan akan bermaksiat, dia wajar dibicara.
---
Dalam hal ini, aku cenderung dengan pandangan Dr Maza. Jika serbuan dibolehkan dan dilakukan, ia perlu menepati 6 kriteria;

1. Operasi serbuan tidak berlaku kerana tajassus, tapi terlihat, menganggu ruang awam (bunyi, imej).

2. Serbuan tidak boleh bersifat tajassus (serbuan dari bilik ke bilik).

3. Serbuan tidak boleh berasaskan maklumat yang tidak pasti.

4. Pihak pemeriksa tidak boleh memberi galakkan kepada orang awam untuk bersifat
tajassus.

5. Tidak boleh mendedahkan ahli maksiat kepada awam kecuali untuk tujuan penghakiman.

6. Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.

---
Apa pun pandangan yang mungkin kita akan ambil, berhujahlah dengan disiplin ilmu kerana ilmulah yang menyelesaikan masalah, bukan emosi atau tuduhan melulu.
---
1) http://www.muftiwp.gov.my/…/1823-bayan-linnas-siri-41-g25-d…
2) http://drmaza.com/home/?p=1415

No comments