Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Umno PD langgar boikot: Gesa ahli keluar mengundi

Ketua Umno Bahagian Port Dickson Mohd Faizal Ramli menggesa pengundi Melayu, khususnya 13,000 anggota parti itu untuk keluar mengundi pada 13 Oktober ini.

"Selaras dengan kenyataan sebelum ini BN atau Umno tidak menghalang mana-mana pengundi berdaftar di parlimen Port Dickson untuk keluar mengundi

"Dan pengundi-pengundi juga boleh memilih serta mengundi calon yang mereka suka," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Mohd Faizal berkata undi anggota Umno dalam PRK ini sangat penting.

"Saya penuh yakin dan percaya bahawa kita akan membuat pilihan tepat demi agama, bangsa dan negara.

"Undi kita amat berharga bagi menentukan kerusi parlimen Port Dickson milik siapa," katanya.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa pada 2 Oktober lalu berkata Ketua Pemuda Umno Bahagian Port Dickson, Mohd Najib Mohd Isa selamat daripada tindakan disiplin Umno,

Annuar berkata tiada alasan Umno berbuat demikian memandangkan Mohd Najib hanya memberi sokongan secara peribadi kepada bapanya, Tan Sri Mohd Isa Samad yang bertanding sebagai calon bebas.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan ketika Persidangan Agung Umno pada 30 September lalu menegaskan jentera Umno Bahagian Telok Kemang tidak boleh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

"Sebagai jentera di bahagian, mereka tidak boleh mengambil bahagian kerana kita memboikot PRK tersebut atas asas kita tidak suka cara PRK itu diadakan.
"Itu sebab kita kena betul-betul faham perkataan boikot," katanya.
https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments