“Politik ala kebinatangan (political animal)”.
Oleh Abdul Hadi Awang
Inilah hasil falsafah politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuwan Itali yang membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang turut disebut oleh para ulama’ Islam.
Kita sedang menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang yang dikatakan untuk menjadi perdana menteri dan telah mendapat pengampunan mengikut proses undang-undang yang menjadi pertikaian dan perbincangan hangat hari ini.
Saya terpaksa menulis dengan bahasa-bahasa sebegini kerana ingin menjaga maruah negara tercinta, kerana sangat menyentuh maruah institusi raja-raja, badan kehakiman dan sistem demokrasi yang wajib dimurnikan secara bermoral dan bermaruah.
Pertama, konsep pengampunan. Seseorang yang membuat permohonan maaf, adatnya dia mengaku bersalah atas dosa dirinya. Kalau adab bertaubat kepada Allah yang Maha Besar sekalipun, mestilah bersyarat mengaku berdosa, menyesal dan berazam tidak mengulangi dosanya.
Kedua, kalau badan kehakiman yang salah, maka sepatutnya badan kehakiman yang wajib memohon pengampunan, termasuk segala cabangnya iaitu para hakim, peguam negara, pendakwa dan polis yang menyiasat.
Persoalannya, kita tidak tahu siapa yang dihinakan dalam kemalangan ini?
Selain itu, sistem demokrasi sangat sinonim dengan dasar dan konsep politik Islam, sekiranya dijaga adab dan akhlaknya. Barat juga ada akhlak dalam demokrasinya sehingga seburuk-buruk akhlak. Mereka juga mahukan orang yang bermoral tinggi atau lulus integritinya.
Saya melihat amalan demokrasi di Port Dickson menunjukkan beberapa kepincangan berlaku:
Pertama, rakyat diberi hak memilih wakil mengikut parlimen dan DUN masing-masing. Adapun perdana menteri dipilih untuk menjadi ketua kerajaan kepada semua rakyat di seluruh negara, bukan untuk satu kawasan parlimen sahaja.
Maka, sepatutnya pemilihan PM melalui proses yang sama secara serentak dalam pilihan raya umum (PRU) yang diadakan dan diberikan kepercayaan melalui cara dia memimpin parti atau gabungannya itu dalam PRU. Bahkan, ada negara yang mengadakan pilihan raya seluruh negara untuk memilih seorang pemimpin terbesar bagi negaranya.
Kedua, PRK tidak wajar diadakan kecuali ada sebab yang munasabah berlaku selepas PRU, kerana keuzuran yang syarie yang memestikannya dilantik menjadi PM baru daripada kalangan yang telah dipilih dalam PRU, bukannya dengan cara memotong di tengah jalan atau dicantas di tengah dahan.
Apakah jenis demokrasi kita ini? Barat pun tidak, timur pun tidak.
Tidakkah memalukan? Kerana catatan dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama negara.
Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58); Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (para ulama’ yang memahami Islam dan para pemimpin yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah kebijaksanaan) rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (59) (Surah An-Nisa': 58-59)
Dalam ayat ini, dinyatakan secara khusus berkenaan urusan memerintah dan melaksanakan hukum adalah amanah terbesar supaya berlaku adil terhadap semua manusia. Ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan rasul, ketaatan bersyarat terhadap para ulama’ dan pemimpin. Dikaitkan pula dengan beriman kepada Allah dan hari Akhirat yang membezakan Islam dengan demokrasi barat dan teokrasi.
Demokrasi barat menjadikan suara rakyat suara keramat seperti firman Tuhan, walaupun rakyat telah ditipu atau jahil dan miskin terdesak. Adapun teokrasi pula memberi kuasa mutlak kepada agamawan, walaupun ada yang menyalahgunakan agama.
Dalam hal ini, Islam menerima demokrasi kerana rakyat juga ada hak, tetapi hendaklah dipelihara dengan adab dan akhlak, serta roh agama yang ada perhitungan dosa dan pahala. Begitu juga kalangan agamawan juga wajib beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Maka langkah murni demokrasi itu akan berlaku sekiranya berpandukan Islam, bukan berpandukan teori pemisahan politik daripada agama (sekularisme) atau teori matlamat menghalalkan apa sahaja caranya.
Apabila perkara memimpin negara adalah amanah yang terbesar. Maka, Rasulullah SAW mentafsirkannya kepada umat Islam bahawa jangan memilih pemimpin yang gelojoh dan mahukan jawatan atau yang fasiq seperti berbohong dan lain-lain.
Allah berfirman (bermaksud):
“Dan juga mereka (yang diredai dan dirahmati Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: 'Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Furqan: 74)
Rasulullah SAW juga menolak orang yang gelojoh mahu menjadi pemimpin. Sabdanya (bermaksud):
“Demi Allah aku tidak melantik tugas ini kepada seorang yang meminta atau seorang yang terlalu rakus mahukan jawatan ini.” (Muttafaq ‘Alaih)
Sabda Rasulullah SAW. kepada sahabatnya Abdul Rahman bin Samurah RA:
“Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kamu dilantik dengan sebab memintanya, nescaya dibebankan kepadamu (tanpa pertolongan Allah). Jika dilantik bukan dengan sebab kamu memintanya, nescaya diberi pertolongan (Allah) kepada kamu.” (Muttafaq ‘Alaih)
Terdapat banyak nas secara berulang kali yang melarang kita mengikuti atau memilih pemimpin yang fasiq. Di antara tanda fasiq itu ialah perangai berbohong dan perkara-perkara lain yang menunjukkan tiada maruah atau jati diri. Di manakah kita dalam meletakkan pesanan Rasulullah SAW?
Seluruh dunia kini sedang menyaksikan kesilapan rakyat Amerika yang dianggap paling maju demokrasinya, menyebabkan mereka terpaksa merasa malu terhadap seluruh dunia. Sehingga sudah ramai pula yang meletak jawatan.
Buah salak buah kedondong,
dipungut diletak ke dalam baldi,
bukan salah ibu mengandung,
tetapi salah memangkah undi.
Janganlah kita menjadi sebab berlakunya hari kiamat kerana salah memilih pemimpin.
Saksikan Ya Allah! Bahawa saya telah menyampaikan.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS. Rencana ini dimuatkan kali pertama di Facebook beliau dengan tajuk asal

No comments