Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

PKR sudah ada maklumat politik wang, kata Anwar


KUALA LUMPUR -  Maklumat berkaitan kes politik wang seperti yang didakwa calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli telah dikumpul biro politik PKR.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Lembaga Disiplin PKR telah mengambil semua maklumat termasuk aduan Rafizi untuk disiasat.
"Kita dah ambil semua maklumat dan kini masanya untuk JPP dan Lembaga Disiplin PKR akan siasat.

"Siasatan ini termasuk juga aduan yang dibuat Rafizi," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini, mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.

Beliau yang merujuk pihak bertanggungjawab sebagai 'sebelah sana' mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini.

Semalam PKR telah mengadakan mesyuarat biro politik bagi mengumpul maklumat aduan politik wang dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi mencari salah laku yang wujud.
...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments