Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Laporan berita 'sampah' tentunya bukan dari lidah bersalut madu.

 Oleh Arif Atan

 Menulis apa menteri cakap, itu tidak salah. Walaupun menteri bercakap dua jam hal 'bukan sampah' tetapi hanya 10 saat mungkin mahu berlawak, jangan melatah marah kalau hal 'sampah' 10 saat itu yang jadi tajuk utama!

Siapa suruh cakap hal sampah? Kamu bukan moderator program forum di universiti apa lagi pelawak saluran Astro Warna.

Bukan tugas wartawan untuk menulis dan sidang editorial pula memilih tajuk berita yang menyukakan hati Menteri. Tambah kalau, media itu bukan lidah rasmi parti pemerintah. Lagilah bebas sesuai dengan ruang demokrasi Malaysia Baharu ini.

'Sampah' itu jugalah sebenarnya 'berita'. Tambah kalau butiran cakap menteri itu ditranskripsi dengan meletak tanda 'petik' atau pembuka dan penutup kata. ("...."). Itu sudah terang lagi bersuluh adalah apa yang keluar dari mulut Menteri sendiri. Bukan 'spin' lagi.

Jadi, sebagai Menteri harus cermat dan berhemat lagi bijaksana 'bersilat' kata apabila berdepan dengan media. Jangan mudah mencipta perangkap untuk diri sendiri. Bahasa dan isi pengucapan seorang moderator forum misalnya tentu berbeza apabila menjadi Menteri.

Bukan salah 100 peratus satu-satu media jika media lain pun lapor berita yang sama konon melawak 10 saat itu.

Sebab itu lah nilai "berita". Menteri sembang 2 jam hal yang biasa-biasa kalau tulis semua pun, masyarakat bukan baca, sebab itu bukan berita, bukan bersifat "orang gigit anjing'"

Rumusannya, sebagai Menteri WAJIB belajar lebih cermat bercakap depan media. Belajar dengan Datuk Mahfuz Omar contohnya. Dia lagilah melawak tapi tidak jerat diri sendiri. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, lagilah. Mana ada orang ketawakan kenyataannya secara berjemaah.

Satu lagi, silap besar kalau mana-mana pegawai khas Menteri PH memusuhi mana-mana media walaupun Utusan. Ambil langkah berlapang dada dan waspada lebih baik bukan membenci sebab PH sekarang kerajaan bukan lagi pembangkang.

Sepatutnya, pegawai dan menteri ambil iktibar supaya lebih serius bercakap dengan media. Menteri macam artis juga. Jatuh bangun Menteri ditentukan antara lain oleh media.

Jika mahu "menyelamatkan negara" dengan terhindar membaca berita yang dianggap sampah, nasihatkan menteri agar tidak bercakap sampah walaupun hanya 10 saat.

Laporan berita 'sampah' tentunya bukan dari lidah bersalut madu melainkan dari mulut lepas hemat Menteri itu sendiri yang nampaknya kerap sekali jatuh dalam lubang yang sama...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments