Masih bertuahkah rakyat Terengganu?
Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
“NAPE semua mende koho mahal?" (mengapa semua benda makin mahal), gerutu Pakda Hussin mengheret perbualan tika mengambil secubit tembakau kampung, lalu digulung untuk dirasa adunan perisa dan dihidu aromanya terlebih dahulu sebelum membelinya.
...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...
“NAPE semua mende koho mahal?" (mengapa semua benda makin mahal), gerutu Pakda Hussin mengheret perbualan tika mengambil secubit tembakau kampung, lalu digulung untuk dirasa adunan perisa dan dihidu aromanya terlebih dahulu sebelum membelinya.
Sesekali dia turun ke pasar minggu
Manir, menemani isterinya dan di situ dia bersama penggemar rokok daun
nipah membeli tembakau daripada beberapa pengusaha kecil hampir sebaya
yang duduk di atas petak simen dalam ruang utama pasar menunggu
pelanggan, setiap Sabtu seminggu sekali.
Orang seperti Pakda Hussin, bekas buruh yang
telah lama bersara itu tidak kisah jika kerajaan masih terus mahu
menaikkan harga rokok setinggi mana pun untuk mengisi kantung negara
apatah lagi merokok suatu tabiat yang buruk dan merugikan, sementelahan
dia masih ada pilihan.
Memang belum
terdengar golongan perokok atau adanya golongan bersimpati membuat
kenyataan membantah dan mempersoalkan apabila kepentingan mereka
terjejas, malah ruang untuk merokok untuk mereka pun makin terbatas
sehingga terdedah kepada saman di sana sini.
Sekurang-kurangnya
mereka membantu negara. Tentunya tidak sebagaimana lagak sesetengah
pihak yang lantang membela hak dan nasib golongan LGBT yang di luar
fitrah manusia susulan hukuman sebat ke atas pesalah syariah dan juga
pemandu teksi yang kerenah mereka cukup dimengertikan umum.
Namun,
orang seperti Pakda Husin yang saya ketahui pemikirannya tidak
dikongkong oleh sentimen sokongan kepada mana-mana parti politik mulai
bimbang dengan sikap kerajaan Pusat yang menganggap semua pemberian
kerajaan terdahulu kepada rakyat umpama gula-gula bagaikan tidak perlu
diladeni lagi.
Gambaran untuk menghentikan
segala bentuk skim pemberian tunai kepada golongan sasar yang
berpendapatan kecil tanpa banyak berbaki setiap bulan itu semakin jelas
kedengaran atas alasan hasil negara dicanangkan hampir kering.
Hasil
kerajaan dikatakan susut RM21 bilion apabila kerajaan tergesa-gesa
kembali melaksanakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi
menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memenuhi janji
manifesto walaupun dikatakan bukan suatu kitab suci yang perlu dipatuhi.
Keputusan
yang tentunya menggembirakan golongan pedagang untuk terus berlenggang
ke bank dengan keuntungan lebih besar tanpa mempedulikan hasrat
kerajaan baharu, apabila barangan terus dinaikkan harga dengan pelbagai
alasan sehingga cukai baharu terpaksa dirangka.
Jika
dikira secara bodoh pun, Laluan Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) itu
yang diharap menjadi kenyataan boleh diselesai bayarannya dalam tempoh
tiga tahun sahaja jika RM21 bilion setiap tahun digunakan, malah boleh
juga hapuskan semua tol atau tidak perlu lagi meminta pelajar melunaskan
pinjaman pendidikan PTPTN.
Selepas
tumbangnya Barisan Nasional, Terengganu menjadi sebuah negeri
pembangkang, dan pemimpinnya tentu akan lebih berhati-hati berbelanja,
mengambil kira tentang kemungkinan sumber royalti yang pergantungannya
lebih 85 peratus bagi negeri terjejas pengaliran masuknya atau makin
susut dengan suasana ekonomi kian tidak menentu.
Jika
ini berlaku, bukan sahaja apa yang kerajaan Pas mahu teruskan usaha
kerajaan terdahulu akan terhenti malah banyak kandungan manifestonya
akan sukar dipenuhi, dan ini kelak akan benar-benar menguji kewibawaan
kepemimpinan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang tentunya pula tidak mahu
meneruskan tradisi menjadi menteri besar sepenggal.
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...
No comments