Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Anwar dimaklumkan kerugian forex 2 tahun kemudian, kata bekas penasihat BNM

ANWAR Ibrahim dimaklumkan berhubung kerugian forex dua tahun selepas ia didakwa diketahui bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Murad Khalid.

Murad yang merupakan penasihat BNM ketika itu turut mendakwa Anwar sebagai menteri kewangan ketika itu memberi komen beliau perlu “meletakkan jawatan” sekiranya kerugian berskala besar itu diiketahui umum.

Murad memberitahu lima panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini bahawa beliau mengetahui tentang kerugian itu pada Mei 1992 dan memaklumkan gabenor BNM Jaafar Hussein pada bulan berikutnya.

Katanya, beliau memaklumkan kepada Anwar pada “awal 1994” mengenai kerugian bank pusat, yang didakwa sekitar AS$10 bilion (RM25 bilion ketika itu).

“Pada awal 1994, saya diarahkan Tan Sri Jaafar Hussein untuk menyediakan penjelasan kepada Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika itu,” katanya dalam kenyataan bersumpah hari ini.

RCI itu diketuai pengerusi Petronas Mohd Sidek Hassan, yang turut mempengerusikan pasukan khas menyiasat kerugian forex.

“Selepas itu, Anwar meminta saya mengikutnya ke Hawaii untuk memberi taklimat kepadanya berhubung kerugian itu, sebagaimana yang diarahkan kepada saya oleh Tan Sri Jaafar Hussein.

“Saya kemudiannya memberikan penjelasan (berhubung situasi itu) kepada Datuk Seri Anwar dan beliau faham masalah kerugian itu dan akan membincangkannya dengan Tan Sri Jaafar Hussein.”

“Selain daripada itu, selepas taklimat, Datuk Seri Anwar memberi komen sekiranya kerugian Bank Negara Malaysia tersebar umum, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan.”

Murad mengambil alih sebagai pengurus Jabatan Perbankan BNM pada Apri 1992 dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai penasihat BNM pada April 1994.

Dua lagi kakitangan BNM, bekas juruaudit Ahmad Hizzadd Baharuddin dan bekas pengurus akaun Abdul Aziz Abdul Manaf turut memberi keterangan hari ini.

Hizzad memberitahu RCI bahawa Anwar mungkin tidak menerima semua fakta skandal itu.
Dalam kenyataan 22 muka suratnya hari ini, Hizzad berkata terdapat “kemungkinan laporan maklumat kepada pengurusan kanan, lembaga pengarah BNM dan menteri kewangan (Anwar).

Hizzad menambahh Jabatan Perakauan tidak nampak sebarang sebarang “penindasan maklumat” berhubung kerugian itu.

Ketua de facto Pakatan Harapan yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan dari 1991 hingga 1998, manakana Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Pakatan Harapan adalah perdana menteri antara 1981 hingga 2003.

Ahli parlimen pembangkang menyifatkan RCI itu sebagai “bermotifkan politik”.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun masih belum disoal siasat pasukan khas itu namun dijangka akan menjadi keutamaan dalam prosiding itu.

BNM mendedahkan menerusi laporan tahunannya pada 1994 bahawa ia menanggung kerugian RM9.3 bilio

No comments