Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Zaman Najib nilai wang jatuh lebih teruk

Oleh Wong Chen

 Saya mengambil maklum dengan dakwaan bekas menteri kewangan yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa nilai mata wang ringgit masih sama walaupun beliau sudah digugurkan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Dakwaan itu terlalu awal dan subjektif kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dengan mata wang Amerika kini berlaku ekoran tindakan presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memotong cukai korporat secara drastik bersamaan dengan ketegangan perang dagangan dengan negara China.

Kedua dasar ekonomi ini telah melihat pelaburan pulang ke AS dan terus membuat mata wang negara itu lebih kukuh dan tinggi.

Berbanding dengan mata wang Amerika, kebanyakan mata wang dunia lain mengikut trend menurun, termasuk Malaysia.


Maka, dakwaan Najib berhubung kejatuhan nilai mata wang ringgit dengan pentadbiran kerajaan hari ini adalah tidak tepat.

Beliau kena ingat zaman pentadbiran beliau, ramai pelabur antarabangsa dan juga domestik lari keluar dari Malaysia kerana tidak yakin dengan pentadbiran beliau, sampai kadar mata wang kita jatuh dari RM3.50 ke RM4.50/USD 1.

Punca utama hilang keyakinan adalah kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Itu adalah fakta yang Najib kena lihat dan imbau zaman pemerintahan beliau dulu.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan kedudukan kewangan pada landasan yang betul.

Kerajaan PH perlu meningkatkan kerja membasmi rasuah dan mengamalkan tadbir urus yang cekap dan amanah.

Hanya melalui ini kita akan boleh mengatasi apa-apa masalah ekonomi.

Saya percaya Menteri Kewangan Lim Guan Eng sedang merangka Belanjawan 2019 untuk sesi parlimen yang akan diadakan pada 2 November 2018 dan akan memberi perhatian dan menarik keyakinan pelabur ke Malaysia dalam masa dua tahun ke hadapan ini.

Apabila pelaburan di Malaysia meningkat, ringgit juga akan menjadi lebih kukuh.

No comments