Mengapa Kita Mengalami Mimpi?
Oleh Muhamad Firdaus Rahim
Mimpi adalah sejenis halusinasi yang berlaku semasa tidur. Setiap orang pasti pernah mengalaminya. Saintis mengatakan bahawa ia mungkin berlaku 4 hingga 6 kali setiap malam. Ia boleh berlaku pada bila-bila waktu tidur tetapi mimpi yang jelas paling kerap semasa kitaran REM, ketika otak dalam keadaan paling aktif.
Apa pun, teori yang mengatakan mimpi mempunyai fungsi tertentu adalah seperti berikut.
1. Membantu proses penyimpanan memori
Ini adalah salah satu daripada fungsi yang sering diutarakan, iaitu membantu proses penyimpanan dan pengukuhan pembelajaran serta memori jangka masa pendek dan panjang. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang belajar kemudian tidur mempunyai memori yang lebih baik berbanding mereka yang tidak.
Mekanisme mimpi dalam membantu proses ini adalah tidak jelas. Ia mungkin membantu menyimpan maklumat dengan efisyen dengan menghalang rangsangan yang boleh menganggu memori dan pembelajaran.
2. Latihan menghadapi situasi sukar
Salah satu bahagian otak yang paling aktif semasa bermimpi adalah amygdala. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap naluri untuk hidup serta menghadapi situasi cemas dan sukar. Amygdala yang aktif semasa bermimpi mungkin salah satu daripada cara otak untuk melatih diri menghadapi ancaman di dunia sebenar.
Meskipun bermimpi situasi yang cemas, anda tidak akan berlari atau bertumbuk kerana otak anda telah menghantar isyarat kepada otot untuk kekal mengendur.
3. Mencapai keseimbangan emosi
Mimpi juga mungkin sebagai salah satu cara yang dilakukan oleh tubuh untuk menyelesaikan fikiran, emosi serta pengalaman yang sukar dan rumit. Dengan cara ini, perkara tersebut dapat dilepaskan melalui mimpi bagi mencapai keseimbangan emosi.
4. Renungan dan cetusan idea
Terdapat juga teori yang mendakwa bahawa mimpi membantu merangsang kreativiti. Banyak idea-idea hebat boleh datang semasa tidur dan menjadi inspirasi untuk mencipta atau melakukan sesuatu selepas bangun daripada tidur. Tapisan pemikiran logik yang ada semasa anda sedar mungkin menghalang kreativiti. Semasa bermimpi, semua itu sudah tiada dan otak anda bebas berimaginasi tanpa batas.
Mimpi adalah sejenis halusinasi yang berlaku semasa tidur. Setiap orang pasti pernah mengalaminya. Saintis mengatakan bahawa ia mungkin berlaku 4 hingga 6 kali setiap malam. Ia boleh berlaku pada bila-bila waktu tidur tetapi mimpi yang jelas paling kerap semasa kitaran REM, ketika otak dalam keadaan paling aktif.
Mengapa otak kita menghasilkan mimpi?
Para pengkaji dan saintis tidak pernah bersepakat tentang fungsi dan tujuan sebenarnya. Ada yang mendakwa bahawa ia tidak mempunyai apa-apa fungsi, cuma sekadar aktiviti otak sewaktu tidur. Ada pula yang mengatakan ia mempunyai fungsi psikologi dan fisiologi.Apa pun, teori yang mengatakan mimpi mempunyai fungsi tertentu adalah seperti berikut.

No comments