Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Pengerusi SPR: PAS alukan pelantikan Azhar

PAS mengalu-alukan pelantikan Encik Azhar @ Azizan bin Harun, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang baharu.
PAS mengharapkan pemilihan ini dibuat atas merit berdasarkan latar belakang beliau dalam bidang perundangan yang baik serta pengalaman luas terutama dalam bidang litigasi di mahkamah. Sebagai seorang profesional adalah diharapkan Pengerusi SPR yang baru akan bertindak secara telus, tidak memihak dan dapat menjalankan reformasi penuh bagi mengembalikan integriti serta tahap keyakinan awam kepada institusi utama pilihan raya negara ini.
PAS juga mengharapkan Pengerusi SPR diberikan sepenuh kuasa autonomi di bawah undang-undang tanpa sebarang gangguan, sekatan atau pengaruh daripada mana-mana pihak dalam rangka mengurus proses pilihan raya yang adil, telus lagi dilihat bersih daripada sebarang unsur yang boleh menimbulkan persoalan terhadap kesaksamaan dan keabsahan SPR dan pilihan raya yang diuruskannya.
PAS percaya intergriti SPR dan pilihan raya yang diuruskannya merupakan syarat pertama dan paling penting dalam memelihara, menyuburkan sekali gus mempertahankan ciri demokratik negara dan masyarakat Malaysia, selain berperanan memastikan pilihan dan kehendak rakyat benar-benar dihormati dan diwakili.
PAS berharap pelantikan ini juga akan membolehkan SPR meyemak kembali kelemahan, ketidakadilan dan sisi sewenang-wenang yang berlaku dan wujud dalam institusi dan amalan pilihan raya kita selama ini, termasuk isu persempadanan kawasan pilihan raya, terutama persoalan wajaran atau “weightage” antara bandar dan luar bandar.
Sehubungan itu sebagai sebuah parti politik berpengalamanyang terlibat dalam kesemua pilihan raya yang pernah diadakan di negara ini, PAS turut bersedia memberikan pandangan, cadangan mahupun kritikan yang membina bagi menambahbaik sistem pilihan raya negara.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 21 September 2018

No comments