Ramai pekerja kilang mengeluh undinya kepada PH tidak berbaloi.
Oleh Arif Atan
Berat mulanya saya mahu menulis tentang hal ini. Tapi inilah realiti dan cabaran untuk Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan hadapi dalam menangani keperluan sebahagian daripada 14.86 juta penduduk berkerja di negara ini yang berpendapatan rendah.
Rendah sungguh. Jauh beza dengan pendapatan seorang wakil rakyat yang bagi pekerja kilang hanya bermodalkan air liur berbanding mereka membanting tulang, menumpahkan keringat bahkan memperjudikan nyawa dengan ruang kerja banyak peralatan dan mesin.
Sewaktu kecoh isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) lagi, seorang pekerja kilang (selepas ini saya namakan dia sebagai R) memberitahu saya yang dia rasa seperti tertipu sebab tidak nampak kesungguhan kerajaan PH untuk menunaikan janji menyamaratakan gaji minimum.
Kata R, UEC tidak masuk dalam 10 janji 100 hari kerajaan pun tapi Menteri Pendidikan dan Timbalannya saling tarik tali bersilat, berkungfu tentang sijil produk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) itu.
"Sikit-sikit Cina. Cina ramai jadi tauke, kaya dah. Tengok je kat trafic light, nak tengok Cina naik kapcai pergi kerja? Memang taklah.
"Tapi kerajaan PH pun macam BN asyik dengar cakap Cina kaya tu bukan kami yang kerja shift bersengkang mata ni," keluhnya.
Padahal, kata R yang berusia 30 tahun itu, janji untuk kadar gaji minimum masih tidak nampak bayang apa pun.
Sehinggalah apabila Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran kecoh dengan isu Melayu pendatang dan kaum India sudah berada di tanah air ini sejak 2,500 tahun lampau, ayah kepada seorang anak yang baru lahir Julai lepas itu meluahkan lagi isi hatinya kepada saya:
"Dia (Kulasegaran) tu kenapa sibuk pasal kaum dia je? Kata, Malaysia Baru, takde perkauman, kan? Ni sampai perlekeh pulak Melayu. Apa hal?
"Dia ingat orang kilang kaum India tu seronok ke dengan sejarah tipu dia tu? Gaji minimum apa cerita?" bebelnya dalam nada separa bosan sambil menongkatkan motornya balik dari kilang.
Kadang-kadang saya pun tak tahu nak jadi jurucakap kerajaan PH lagi dah untuk mewajarkan apa sebenarnya keputusan kerajaan berhubung gaji minimum.
Awal-awal bolehlah saya berdalih kepadanya apabila Menteri kata gaji minimum tu selewat-lewatnya Ogos ini selesai.
"Sabarlah. Banyak proses undang-undang kena ubah, kena buat. Ambil masa juga tu," kata saya bercampur rasa simpati dan bersalah.
Tapi apabila Kulasegaran pada 1 Ogos lalu kata, kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh 5 tahun, saya terkedu.
"Kalau ye pun banyak proses itu, ini nak buat, takkanlah sampai nak PRU baru tetapkan gaji minimum? Kalau 2, 3 tahun pun bolehlah terima lagi," kata R.
Saya sendiri yang pernah kerja kilang beberapa bulan sebelum menantikan keputusan SPM tahun 1998 dulu, faham remuknya hati R dan kaum pekerja kilang lain yang mengundi PH.
Ada yang bekerja dalam keadaan berdiri berjam-jam tapi pendapatan bulanan yang diperolehnya ibarat celah gigi saja kalau mahu dibandingkan dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Malah, ada yang beritahu kilangnya tidak lagi buat kerja shift sejak PH menang kerana dakwanya, kerajaan mengarahkan majikannya sebuah syarikat Bumiputera melengkapkan terlebih dahulu segala dokumen/syarat dari A-Z sebelum tender membekalkan perabot kepada institusi-institusi kerajaan dapat diteruskan.
Disebabkan isu gaji minimum yang ibarat menunggu Sajat betul-betul insaf itu, kata R, dia di tempat kerjanya sekarang lebih banyak berdiam diri.
Apa tidaknya, semasa kempen pilihan raya, R tanpa menerima upah daripada PH pun, turut berkempen dengan kawan-kawannya sekerjanya supaya memenangkan PH!
Sekarang kata R, dia dan seorang lagi kawannya yang sebelum ini dikenali penyokong tegar PH, jadi segan nak 'sembang politik' dah, tambah-tambah depan beberapa penyokong tegar BN dan Pas.
Apa lagi, apabila kawan sekerjanya yang majoriti atas pagar tapi 'termakan' kempen R menyoalnya kembali, "Wei, gaji kita apa macam sekarang ni? Kita dah undi diorang. Apa diorang bagi kat kita?
"Asyik hutang negara banyak, 1MDB, Jho Low, tu semua tak kenyangkan perut anak bini kita pun.
Diorang (menteri-menteri) dah sedap duduk kerusi empuk. Janji diorang untuk kita, apa cerita ni?"
kata R mengulang kembali 'syarahan perdana' rakan-rakan sekerjanya.
R dan kawan-kawannya di sebuah kilang perabot di Rawang, Selangor terus ternanti-nanti adakah kerajaan PH yang mereka undi masih peduli dengan nasib mereka.
Mereka antara 68.5% tenaga buruh seluruh negara yang pada masa ini sedang bergelut dengan kos sara hidup tinggi.
Mereka di sektor swasta inilah mendambakan kadar gaji baharu hingga sanggup mengetepikan ketakutan kononnya Melayu Islam terancam kalau tidak mengundi BN.
Mereka inilah yang merantau dari seluruh negara bermastautin di Lembah Kelang, majoritinya tinggal di flat-flat kos rendah dari kawasan padat dengan lif kerap rosak, sampah bertaburan dan kejiranan diancam penagih dadah seperti di Lembah Pantai, Ampang, Shah Alam hinggalah Hulu Selangor.
Rata-rata mereka yang berusia lewat 20-an hingga 40-an sedang menanggung anak kecil juga sedang bersekolah dan keluarga dengan belanja pampers dan susu anak saja, menyebabkan mereka meraba-raba poket menjelang setiap pertengahan bulan.
Belum lagi, ada antaranya menanggung orang tua dengan biaya rawatan tinggi.
Adakah Menteri Sumber Manusia khasnya dan Kabinet Mahathir kerajaan PH peduli?

No comments