Tiga tanggungjawab yang memakmurkan dunia
Oleh TUAN GURU HASHIM JASIN
SALAH satu tujuan Allah SWT menciptakan manusia adalah untuk memakmurkan bumi ini. Dalam pengertian Barat, makmur dan kemakmurkan sering kali ditakrifkan sebagai kemajuan ekonomi, pembangunan fizikal dan pencapaian hidup manusia. Bertolak dari asas ini, hampir seluruh makna kemakmuran manusia disandarkan kepada pencapaian kebendaan, sebagai mana ia didukung oleh ideologi-ideologi moden hari ini, sama ada di sebelah kanan (kapitalis), kiri (sosialis) mahupun campuran.
Islam datang kepada kita dengan prinsip yang sangat jelas. Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61 mempertegaskan tujuan penciptaan manusia dengan firman-Nya yang bermaksud, "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya." Memakmurkan bumi ini telah menjadi tujuan penciptaan manusia, selain beberapa tujuan yang turut disebutkan oleh al-Quran seperti mengabdikan diri kepada Allah, menjadi khalifah, melaksanakan amanah dan menerima ibtila' (ujian).
Persoalan besar yang ada di hadapan kita ialah apakah makna kemakmuran dalam konsep Islam sejajar dengan pengertian kemakmuran yang diungkapkan oleh Barat? Para ulama yang membahaskan makna "isti'mar" atau memakmurkan dalam ayat ini ialah perintah supaya manusia melaksana dan menegakkan segala tanggungjawab yang terbeban ke atas diri mereka, bukan semata-mata mencipta kemajuan metarial dan memacu pertumbuhan ekonomi sahaja. Tanggungjawab adalah aspek yang jauh lebih luas daripada makna kemajuan, kerana kemajuan dalam sudut pandang Barat sangat mengabaikan tanggungjawab, sebaliknya hanya memuja hak-hak mereka sahaja.
Tiga tanggungjawab besar yang digariskan oleh para ulama dalam mengungkap makna memakmurkan ini ialah tanggungjawab diini (agama), ijtimaie (kemasyarakatan) dan insani (kemanusiaan). Islam meletakkan urusan Allah SWT iaitu agama sebagai tanggungjawab yang paling besar mesti ditunaikan oleh manusia. Menegakkan apa sahaja perintah Allah SWT atau disebut sebagai syariat merupakan beban tugas yang menjadi hak Allah SWT ke atas setiap manusia. Kita tidak boleh mengambil mudah terhadap perintah dan larangan agama bermula dari soal ketauhidan dan larangan syirik, sehinggalah kita mentaati segala perintah dan tegahan Allah dengan tujuan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Konflik yang timbul dalam pengolakan politik hari ini ialah pertembungan di antara melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan seperti membela rakyat tertindas, menuntut keadilan ekonomi dan membendung kezaliman regim dengan kewajipan mereka menegak dan melaksanakan hukum Allah SWT. Ada golongan yang memandang sepi, bahkan menentang perlaksanaan hukum Allah SWT, sebaliknya berjuang keras untuk membela kemanusiaan. Bahkan, di kalangan pendukung aliran liberal hari ini, mereka menolak hukum-hukum Allah SWT yang mereka anggap sebagai tidak rasional, sebaliknya memperjuangkan hak-hak yang sama sekali bercanggah dengan agama seperti menuntut hak untuk berzina dan seks bebas, fenimisme melampau dan hak untuk murtad dan melakukan maksiat, kononnya atas nama hak individu, kebebasan sivil dan kemerdekaan berfikir.
Apakah Islam meminggirkan kemanusian? Tidak! Hak-hak kemanusiaan hanya akan tercapai apabila manusia mematuhi hukum-hukum Tuhan. Telah banyak sistem hidup yang berdiri dalam sejarah manusia, tidak ada satu pun yang terlepas daripada mencabul dan menindas kemanusiaan, melainkan seluruhnya terpalit dengan kezaliman yang dibangunkan di atas runtuhan kezaliman sebelumnya.
Melainkan Islam sahaja yang telah membuktikan era ketamadunannya sebagai "zaman emas kemanusiaan." Sektor kemasyarakatan (ijtimaie) yang berdiri bermula dengan sistem keluarga, muamalat, undang-undang hingga kepada kenegaraan menjadi pelindung utama kemanusiaan, apabila pada setiap peringkat kemasyarakatan ini melaksanakan hukum Islam dan setiap manusia mengambil tanggungjawab menegakkannya.
Tanggungjawab yang diseimbangkan dengan hak, kefahaman tentang hak individu yang mesti selaras dengan hak masyarakat, perlaksanaan hak yang menyeluruh meliputi hak individu, hak politik, hak ekonomi, hak sosial dan hak budaya, serta tertegaknya hak Allah ke atas makhluk, telah menjadi tunjang yang memakmurkan kehidupan manusia di dunia dan juga akhirat. Inilah perintah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis sahih Bukhari riwayat Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah yang bermaksud, “Sesungguhnya bagi Rabbmu ada hak, bagi dirimu ada hak, dan bagi keluargamu juga ada hak. Maka penuhilah masing-masing hak tersebut.“
Untuk melaksanakan tujuan memakmurkan dunia dengan perlaksanaan tanggungjawab inilah, gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia berjuang untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT. Dan setiap pendukung gerakan Islam mesti menyedari tujuan yang mendasar dalam perjuangan kita, yakni setiap langkah untuk melaksanakan tanggungjawab ini tetap kekal dalam landasan mentaati Allah SWT.

No comments