Susuri jejak wang Jho Low
Oleh Adam A Kadir
TAJUK gadang muka depan akhbar ini pada Khamis 3 Ogos lalu memekik: TANGKAP JHO LOW! Di dalamnya, seorang profesor ekonomi melahirkan kehampaannya terhadap kemungkinan hancurnya integriti negara dalam hal urusan kewangan dengan negara-negara lain seantero dunia.
Itulah cetusan 1MDB yang sudah diperkatakan seluas-luasnya. Paling akhir ialah kegagalannya membayar RM2.58 bilion kepada IPIC (Perbadanan Pelaburan Minyak Antarabangsa) di Abu Dhabi, UAE, jiran Saudi Arabia.
Penangkapan Jho Low boleh diumpamakan seperti satu butiran yang dicekup. Apabila digenyeh-genyeh, butiran itu akan membuak butiran-butiran lain yang kait-mengait. Untuk itu, cuba kita ikuti episod ini: seorang isteri berusia 60 tahun dimasukkan ke dalam lokap di mana sedia ada seorang wanita muda kerana membunuh kekasihnya. "Silap saya ialah tak bayar tiket parking," kata si isteri itu.
Wanita muda itu terkejut. "Mustahil awak dimasukkan ke lokap begini dengan saya," katanya. "Saya ini memang patutlah. Saya bunuh kekasih saya."
"Sebenarnya begini," kata isteri itu. "Saya letak kereta, lupa bayar tiket, terus masuk kedai nak beli gergaji. Bila saya keluar, seorang polis terjenguk-jenguk di belakang kereta saya. Dia tertekan butang lalu bonet pun terbuka." Si isteri itu mengurut dada.
"Habis tu?"
"Polis tu nampak mayat suami saya John dalam bonet tu. Saya beli gergaji itu nak kerat-kerat mayatnya. Dia sudah saya tembak di rumah. Saya bunuhnya sebab saya dah tak tahan sabar lagi. John dan saya berkahwin 40 tahun. Saya tak pernah tidur waktu malam kerana John sepanjang malam berdengkur macam nak runtuh. Sampailah masanya saya bertindak begitu kerana anak-anak saya semuanya dah kahwin."
Itu hanya apa yang dia kata pada waktu itu. Apa yang dia kata dalam pengakuannya seterusnya, polis dapati banyak lagi kes jenayah kecil dan besar dilakukan oleh suami isteri yang malang itu.
Begitulah kemungkinan yang berlaku jika Jho Low ditangkap dan diusul-soal. Harta-harta mewah yang disyaki dibeli dari tumpahan wang 1MDB, seperti apartmen mewah dekat Central Park, New York; mansion mewah di Beverly Hills dekat Hollywood; kapal rekreasi glamor; pembikinan filem Hollywood yang mahal dan menguntungkan The Wolf of Wall Street; pembelian karya-karya seni lukis yang maha mahal.
Berasaskan laporan-laporan dari sumber yang pelbagai, kaitan anak Puan Sri Rosmah Mansor dengan aset-aset yang disebutkan di atas adalah sesuatu yang keruh dan terbukti sukar dijernihkan begitu lama. Tidak perlu diulangi kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun DS Najib di Ambank.
Kekeruhan itu dikeruhkan lagi apabila negara jiran, Singapura, menghukum beberapa buah banknya kerana terlibat dengan 1MDB. Switzerland juga melakukan tindakan yang serupa atas sebab yang sama. Perlu didentingkan, Switzerland dan Singapura adalah dua dari lima buah negara teratas dalam dunia sebagai negara-negara berintegriti tinggi dalam hal urusan wang antarabangsa. Majalah mingguan Economist terbitan London bersikap sinis apabila ia menyifatkan kita seperti burung unta: tidak nampak apa-apa di sekeliling apabila membenamkan kepala dalam lubang. Atau, bersikap seperti tembok batu (stone-walling) apabila terkepung.
Kini dunia mengetahui bahawa Perdana Menteri Pakistan, Nawab Shariff, telah berhenti kerana Mahkamah Agung Pakistan memutuskan Nawab tidak layak menjadi PM atas sebab-sebab rasuah.
PM Israel Natanyahu didesak mengikut jejak Nawab, juga atas alasan rasuah, seperti nasib PM Israel terdahulu, Olmert, yang baru dibebaskan. Sejak 10 tahun dulu, empat orang PM Thai menghadapi tuduhan rasuah; kena lepas jawatan; kemudian dibicarakan. Nasib bekas PM Thaksin dan adiknya Yingluck masih tergantung di mahkamah Thai.
Di Korea Selatan, Presiden Park disingkirkan dan ditangkap kerana seorang yang rapat dengannya dituduh mengaup wang daripada businessmen tertentu. Di Indonesia pula, beberapa orang gabenor meringkuk dalam penjara kerana rasuah juga. Gabenor Riau dikatakan menyakukan wang peruntukan untuk membuat kemudahan-kemudahan sukan Pekan Olahraga (seperti Sukma di sini).
Bagaimana pula dua presiden terakhir Brazil? Jika yang terdulu itu jatuh atas tuduhan rasuah, presiden sekarang pun menghadapi nasib yang sama. Beliau sekurang-kurangnya menyerahkan dirinya diadili oleh Parlimen. Beliau terselamat kerana undi majoriti partinya.
Seperti di Israel, Pakistan, Thailand dan Brazil itu, prinsip Keluhuran Undang-Undang dalam Rukun Negara kita wajib diakuri oleh semua.

No comments