Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Siasat Dr M bukan demi kebenaran, tapi balas dendam, kata Mat Sabu

PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata siasatan demi siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad bukan demi kebenaran tetapi kerana ingin membalas dendam, selepas bekas perdana menteri itu menyertai pembangkang.

Beliau menggesa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak menggunakan agensi penguatkuasaan undang-undang dan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk tujuan politik.

“Sekarang ini kita lihat lawan rasuah sebab nak balas dendam politik. Anak-anak Mahathir digeledah pejabatnya. Kenapa siasat bila Dr Mahathir jadi pembangkang. Jika Dr Mahathir tak sertai pembangkang adakah (dakwaan) rasuah dibiarkan,” katanya ketika berucap di Konvensyen Amanah Kedah yang disiarkan di Facebook hari ini.

Presiden Amanah itu berkata pihaknya tidak mengatakan Dr Mahathir melakukan rasuah, namun hanya sekarang kerajaan tiba-tiba sudi menyiasat kontroversi dan persoalan yang timbul semasa 22 tahun bekas presiden Umno itu memimpin negara.

“Begitu juga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Memali. Dah lama kita minta, baru sekarang timbul bila Dr Mahathir jadi pembangkang. Ertinya badan-badan agensi kerajaan ini digunakan untuk lawan seteru perdana menteri bukan lawan rasuah,” katanya.

Mohamad Sabu berkata kerajaan boleh membuktikan kesungguhan mencari kebenaran dengan menubuhkan RCI Felda dan 1MDB.

“Perlu siasat juga penyelewengan dalam Felda. 1MDB juga, ketika dunia sedang bicara tiada RCI terhadap 1MDB, bahkan di Dewan Rakyat tak boleh cakap (mengenai) 1MDB,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata kerajaan bertanggungjawab “mengorek semula” isu yang berbangkit dalam Felda, berikutan penubuhan RCI untuk menyiasat kerugian yang ditanggung Bank Negara Malaysia akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an. RCI itu sedang berjalan sekarang ini.
https://susukunyitplus.blogspot.my/

Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan sebuah RCI untuk mengkaji peristiwa Memali 1985, yang menyaksikan 14 orang pengikut guru agama Ibrahim Mahmud dan 4 anggota polis terbunuh dalam konfrontasi di Baling, Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pentadbirannya masih menunggu reaksi daripada masyarakat dan individu yang terlibat dalam peristiwa itu.

Menteri Nazri Aziz menyokong penubuhan RCI Memali untuk menyiasat respon pentadbiran Dr Mahathir semasa kejadian, sementara penasihat kerajaan Tan Sri Rais Yatim berkata kerajaan akan dilihat seperti “tiada kerja lain selain merungkai perkara lama”.

Kerajaan pernah membentangkan laporan Peristiwa Memali 1985 di Parlimen.

No comments