Jika Mahathir pun dicerca, tak tahulah Najib
Oleh Subky Latif
BETAPA hebatnya sokongan Umno dan rakyat dihujung pentadbiran Perdana Menteri Dr. Mahathir bukan alang kepalang.
Dia menangis ketika mengumumkan persaraannya daripada politik dalam perhimpunan Umno. Wanita Umno menangis. Yang jantannya mengesat mata. Mereka tak terima persaraannya. Demikianlah sayang dan santun sekaliannya terhadapnya.
Tidak diduga kebanyakan yang kasih tak terhingga kepadanya itu mencercanya dan jamaah menteri sudahpun bersedia untuk mentribunalnya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Nilai Mahathir pada Umno mungkin lebih teruk daripada apa yang Dato’ Onn terima daripada Umno.
Kesnya dia tidak puas hati dengan pimpinan PM Najib, satu sikap yang dikongsi ramai termasuk setengah pembesar Umno. Tak senang Umno hanya tersimpan di hati, tak terkeluar di mulut seperti Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.
Memang Mahathir pun banyak disunguti termasuk dalam kalangan Umno. Tetapi menjelang persaraannya, dia bagaikan dewa kepada Umno. Jika pun ada pebezaannya dengan Umno lepas bersara, tak terfikir sesiapa yang dikira dewa tadi dilihat Umno sebagai hantu.
Jika Mahathir dimaki hamun umum oleh Umno, maka apa yang boleh difikirkan tentang Najib sesudah tidak jadi Perdana Menteri dan pemimpin Umno nanti?
Mungkin Mahathir sebagai manusia tidak bebas daripada dosa dan banyak dosanya kepada Umno dan negara.
Akan tetapi Najib juga bukan malaikat. Untuk mengata Mahathir dalam pemerintahannya lebih teruk daripada Najib belum tentu disepakati oleh semua. Bahkan Najib juara daripada Mahathir sekalipun jadi Pedana Menteri belum sampai sepuluh tahun.
Mungkin Umno tidak bangkitkan kelemahannya selepas bersara nanti jika dia membisu seribu bahasa terhadap pimpinan masa itu. Seperti beberapa bekas Perdana Menteri yang tak berdetik langsung akan apa yang Perdana Menteri selepasnya.
Setiap yang jadi Perdana Menteri ada pemimpin politik yang terbaik pada zamannya. Orang politik yang sebenar tidak boleh diam atas apa kecurangan sebelum dan sesudah jadi PM. Dia mesti kata sesuatu seperti yang Tunku Abdul Rahman buat.
Jika ulama diam terhadap sebarang kemungkaran di depan mata, dia dikelaskan sebagai syaitan bisu, maka mantan PM yang tak berkata apa-apa sama dengan makhluk ghaib tanpa suara. Bukanlah orang politik yang sempurna jika tengok dan dengar saja kepincangan yang berlaku. Yang macam ini adalah politikus kelas rendah.
Jika Najib orang politik seperti Dato’ Onn, Tunku dan Mahathir, dia mesti tegur dan tegur tak jadi juga, dia mesti cabar. Bukan amalan manusia yang baik membenarkan orang berkuasa merosakkan muka bumi. Yang begitu adalah standard hamba.
Kelemahan Umno ialah mendengar saja sabda ketuanya, buruk atau baik. Jika Mahathir itu rosak ialah tiada Umno selain Ku Li dan Musa Hitam dan Anwar yang sanggup menegurnya. Yang lain termasuk Najib, kipas saja. Sikap Najib itu ikut merosakkan Mahahir.
Jika Najib mulia seperti Musa Hitam dan Anwar, dia akan tegur juga ada kecurangan orang selepasnya. Memberi peluang kepada yang salah membetul diri sendiri bukan sifat elok pimpinan dan negarawan.
Jika Najib mahu mempertahankan diri sebagai orang bestari dia mesti buat macam Tunku dan Mahathir tegur dan tentang bapak penyelewengan selepasnya.
Nak tahu Najib terpuji atau hina, dia jangan jadi ulama bisu. Tegur berpada-pada. Jika Najib berani menempuh cabaran itu, dengan persepsi buruk yang ada sekarang, baru Umno akan cercanya pula lebih teruk daripada mencerca Mahathir. -

No comments