Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

SRIDU rancak buat persiapan muktamar

Oleh SARINA ISMAIL 

ALOR SETAR: Sekolah Rendah Islam Darul Ulum(SRIDU), Telok Bagan, Tandop, yang merupakan salah satu sekolah di bawah pengelolaan Dewan Pemuda PAS Kedah, telah dipilih untuk menjadi tempat bersidangan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat 2017.

Lokasinya strategik, empat kilometer dari Bandaraya Alor Setar, berhampiran jalan utama ke Kompleks PAS Kedah, selain banyak terdapat rumah-rumah tumpangan serta hotel-hotel sekitarnya dan mempunyai pasarana mencukupi untuk keperluan muktamar berkenaan kelak.

Walau bagaimanapun, sebagai sekolah agama rakyat yang pembinaannya hasil sumbangan orang ramai, masih ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki serta perlu dinaik taraf untuk memberi keselesaan kepada perwakilan dan pemerhati muktamar tersebut.

Mudir sekolah terbabit, Ustaz Mohd Fikri Ishak ketika dihubungi , memaklumkan dalam usaha melebarkan ruang dewan utama, pemasangan penghawa dingin dan tandas tambahan, SRIDU memerlukan kos kirakira RM135,000.00 untuk menyiapkannya.

“Walaupun naik taraf dan kerja-kerja penambahan itu memang dalam perancangan pihak sekolah sebelum ini, namun apabila SRIDU dipilih sebagai tempat Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, jadi kerja-kerja menyiapkannya perlu dilakukan dengan segera.

“Usaha menyegerakan itu semata-mata untuk memberi keselesaan kepada perwakilan dan pemerhati yang dijangkakan hampir seribu orang,” jelas beliau.

Oleh itu beliau berbesar hati memohon sumbangan daripada orang ramai untuk membantu pihak sekolah dan Dewan Pemuda PAS Kedah sendiri demi melicinkan lagi perjalanan muktamar yang bakal berlangsung penghujung April ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat terus ke nombor akuan 552170059804 (Maybank) atas nama Sekolah Rendah Islam Darul Ulum atau boleh terus menghubungi beliau di talian 013-5333738.

No comments