Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Gula kian mahal, berikan subsidi

Oleh Afzainizam Rahman 

Tatkala rakyat berasa lega sedikit apabila tiada kenaikan harga petrol RON95 dan RON97 pada bulan ini, harga gula pula secara senyap telah dinaikkan sebanyak 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 untuk 1kg, iaitu kenaikan sebanyak 4 peratus pada 1 Mac 2017.

Sehari selepas kenaikan, harga itu baru diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi kenyataan medianya.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor kesal dan mengecam dengan tindakan pihak kerajaan yang menaikkan harga gula secara mengejut ini tanpa sebarang pengumuman dan pemberitahuan awal kepada orang awam dan ini boleh mengundang kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berasaskan gula secara mengejut.

Tindakan kerajaan menaikkan harga gula tanpa makluman awal dan tergesa-gesa juga menunjukkan seolah-olah kerajaan tiada perancangan atau pelan dalam mengawal harga barangan keperluan rakyat.

AMK Selangor menggesa kerajaan kembalikan subsidi gula yang telah dihapuskan sejak 2013 untuk mengurangkan beban kepada pengguna dan rakyat yang terus dihimpit dengan kenaikan pelbagai harga barangan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, ditambah lagi dengan pengenalan GST sebanyak 6 peratus yang tenyata membebankan sejak diperkenalkan.

Sehingga Oktober 2016, kutipan GST sebanyak RM32.71 bilion dan kerajaan wajar menggunakan sebahagian wang kutipan GST ini untuk kembalikan subsidi gula.

Dalam keadaan banyak pengkhianatan, penahanan dan pendakwaan akibat kes rasuah dan salah guna kuasa bernilai puluhan juta ringgit dari pelbagai agensi kerajaan yang merompak harta milik rakyat Malaysia, rakyat kelas pertengahan dan bawahan terus dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh kerajaan.

* Afzainizam Rahman adalah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor

No comments