Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Tuhan bagi BN peluang ambil balik Selangor, kata Zahid

Oleh

PILIHAN raya umum ke-14 akan datang merupakan waktu terbaik untuk Barisan Nasional merampas kembali Selangor kata pemangku timbalan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

“Jadi ini merupakan masa terbaik untuk kita rampas kembali Selangor. Pada masa lalu, kita sibuk bertelagah sesama sendiri dan ini melemahkan kita,” katanya kepada ahli parti itu pada mesyuarat tahunan  Bahagian Kuala Langat.

“Ketika kita lemah sebelum ini, musuh yang lebih kecil daripada kita boleh menjatuhkan kita. Pada pilihan raya umum ke-14 ia tidak akan berlaku lagi. Inilah masanya untuk rampas kembali Selangor.

“Peluang ini diberikan tuhan kepada kita, Ia merupakan jawapan kepada doa selepas kita dibenci sejak sembilan tahun lalu,” kata Zahid dan menambah BN boleh melakukannya pada pilihan raya akan datang kerana Umno Selangor menghentikan pertikaian dalaman yang melumpuhkan jentera pilihan raya pada pilihan raya umum ke 12 dan 13.

Timbalan perdana menteri itu berkata, laporan daripada Umno Selangor menunjukkan mesyuarat agung tahunan kebanyakan cawangannya – yang merupakan nadi akar umbi parti – berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

BN pernah memerintah negeri terkaya di Malaysia itu sejak Merdeka namun tewas kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke 12 pada 2008. Pada PRU13, BN hanya mengekalkan 11 kerusi daripada 56 kerusi di Selangor yang mana kesemuanya dipegang Umno.   – 29 Julai, 2017.

Selain meminta ahli Umno Kuala Langat merapatkan kedudukan, Ahmad Zahid turut menegur mereka kerana tidak melakukan secukupnya untuk menangkis serangan Pakatan Harapan terhadap BN kepada masyarakat.

Ia termasuklah tidak menjelaskan sebab di sebalik peningkatan kos sara hidup serta sumbangan BN di Selangor untuk pembangunan negeri.

“Adakalanya masalah kita ialah kita percaya dengan propaganda yang dilemparkan kepada kita, Contohnya kita setuju dengan mereka BN bermaksud “Barang Naik”,” kata Ahmad Zahid.
“Sedangkan kita sepatutnya terangkan kepada rakyat tiada negara yang terpaksa berdepan dengan inflasi.”

Ahmad Zahid turut menbidas dakwaan kerajaan Selangor yang menaikkan pelaburan asing di negeri itu.

Katanya 73% daripada FDI Selangor yang diterima itu diperoleh sejak BN memegang negeri itu sehingga 2008.

Kerajaan Selangor sekarang juga gagal menggunakan peruntukan Putrajaya untuk membaiki jalan raya di negeri itu,” dakwa Ahmad Zahid.

“Mereka bangga memberi bonus dua bulan kepada penjawat awam tapi realitinya mereka hanya ada 27,000 penjawat awam sedangkan kerajaan mempunyai lebih 1.6 juta penjawat awam.

“Adakalanya bukan sahaja kita bertelagah sesama sendiri tetapi kita percaya dengan pembohongan pembangkang.

Sebaliknya ahli Umno sepatutnya bercakap mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRI1M) daripada kerajaan persekutuan dan subsidi hospital awam dan sekolah, katanya. -TMI

1 comment:

  1. Tuhan bagi BN peluang ambil balik Selangor spya tradisi rasuah, songlap duit yg diamalkan olh pemimpin2 BN dan kroninya sblm ini blh diteruskan lg slps pru14 nanti.

    ReplyDelete