Rombakan kerusi utama dalam PKR untuk PRU14?
PETALING JAYA: PKR dijangka melakukan rombakan besar berhubung pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kwong Wah Daily memetik sumber dalam PKR sebagai berkata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat parti itu sejak 1999.
Menurut akhbar berbahasa Cina itu, presiden PKR itu akan berpindah ke Petaling Jaya Selatan, menggantikan penyandang Hee Loy Sian.
“Alasan untuk beliau berpindah ke kerusi itu kerana Dr Wan Azizah perlu sentiasa melawat suaminya yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun di Sungai Buloh,” kata sumber itu merujuk bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, Hee akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang akan membuka laluan kepadanya menjadi exco, jika beliau menang.
Sumber itu mendedahkan kerusi Permatang Pauh akan kekal ditandingi ahli keluarga Anwar, dengan anak sulungnya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dijangka bertanding di sana.
Anwar pertama kali memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon Barisan Nasional pada 1982 dan berjaya mempertahankannya sehingga sabitan rasuahnya pada April 1999.
Nurul Izzah ialah ahli Parlimen Lembah Pantai selama 2 penggal.
Menurut Kwong Wah Daily, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mungkin bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang untuk membolehkannya menjadi timbalan ketua menteri 1.
Saifuddin kini ialah penasihat strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sumber memberitahu akhbar itu, Datuk Rashid Hasnon yang merupakan timbalan ketua menteri 1 ketika ini, berhasrat bertanding di kerusi Parlimen di Johor kerana beliau percaya tidak mendapat sokongan partinya di Pulau Pinang dan tidak boleh terus memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.
Sementara itu, seorang lagi bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang yang juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman (ahli Parlimen Nibong Tebal) dilaporkan akan kembali bertanding di Pulau Pinang.
Pada 2012, Mansor didakwa mengkritik Lim sebagai “berlagak dan angkuh” dalam satu rakaman ucapannya yang didedahkan kepada umum.
Selain itu, 2 adun Pulau Pinang – Dr Norlela Ariffin (Penanti) dan Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) mungkin bertanding di kerusi DUN Selangor.
Sumber berkata, Norlela mungkin menggantikan Dr Wan Azizah di Kajang, manakala Afif pula tidak pasti akan bertanding di mana.
Langkah itu bersifat sementara kerana ia memerlukan kelulusan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

No comments