Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Iskandar ialah datuk Dr Mahathir, bukan bapanya, kata Marina

PETALING JAYA: Dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai asal usul India bukan sahaja salah, tetapi juga bersifat perkauman dan seksis, kata anak perempuan bekas perdana menteri itu, Marina.

“Ia sepatutnya Mahathir bin Mohamad,” katanya
“Nama datuk saya ialah Mohamad bin Iskandar.”

Marina berkata demikian susulan dakwaan timbalan perdana menteri semalam yang kad pengenalan asal Dr Mahathir menunjukkan namanya ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, dokumen yang diberikan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya menunjukkan “orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu” sebenarnya “menggunakan orang Melayu”.

Marina mengecam kenyataan itu dengan berkata, datuknya Mohamad Iskandar ialah pengetua Melayu pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

“Selain rasis, Zahid juga bersifat seksis kerana tidak mengambil kira wanita dalam keturunan, walaupun mereka yang melahirkan anak.

“Ibu kepada ayah saya, Wan Tempahwan berasal daripada keluarga yang kebanyakannya ialah orang istana kerabat diraja Kedah.

“Nenek sebelah ayah saya juga ialah orang Melayu, tetapi disebabkan orang tidak menyimpan rekod (ketika itu), saya tidak tahu nama beliau dan saya tak fikir ayah saya tahu,” kata anak sulung pengerusi Pakatan Harapan dan PPBM itu.

Dr Mahathir, 92, dilahirkan lebih 3 dekad sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Dalam autobiografinya pada 2011 bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, beliau mengakui mempunyai keturunan India Selatan, tetapi “Saya orang Melayu dan bangga dengannya.”

“Saya orang Melayu bukan hanya di atas kertas, saya juga orang Melayu dari segi sentimen dan semangat.”

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Malabar Malaysia, Mustafa Abdul Rahman memberitahu FMT yang beliau tahu nama datuk Dr Mahathir ialah “Iskandar”.

Katanya, ramai rakyat Malaysia ialah produk perkahwinan campur, termasuk Dr Mahathir.
“Ada di kalangan mereka kerana perkahwinan campur, menjadi lebih Melayu daripada orang lain.”
FMT masih menunggu respons daripada Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd Yazid Ramli untuk mendapatkan pengesahannya.

No comments