Rakyat Menunggu 'Kehadiran ' Anwar
Oleh Abu Hassan Adam
Orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya amat berbudi bahasa apabila berhadapan dengan keadaan untuk memilih ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapak’. Maksud aku apabila rakyat berhadapan dengan keadaan di mana Tun Mahathir seolah-olah tidak mahu ‘berundur’ dari jawatanya untuk diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia menunggu penuh kesabaran peralihan kuasa sedemikian. DS Anwar Ibrahim juga menunggu dengan penuh kesabaran walaupun ada terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan yang belliau tidak sabar menanti ‘kata dikotakan’ sebagaimana yang telah diputuskan dalam persidangan Pakatan Harapan sebelum PRU 14 yang lalu.
Rakyat Malaysia semacam tidak ‘ sampai hati’ menyuarakan pandangan agar Tun Mahathir berundur terutama selepas beberapa kali Pakatan Harapan tewas dalam pilihan raya.
Walaupun tidak seharusnya kekalahan itu diletakkan sepenuhnya ke atas bahu Tun Mahathir namun sebagai Perdana Menteri dan Presiden Pakatan Harapan sepatutnya lah tanggungjawab berkenaan dipikul oleh beliau.
Namun rakyat umumnya tidak sampai hati meletakkan kesalahan itu kepada beliau, walaupun ada suara-suara yang samar-samar merasakan yang beliau sepatutnya bertanggungjawab sebagaimana yang pernah berlaku kepada DS Abdullah Badawi suatu ketika dahulu.
Rakyat Malaysia terus menerus mendiamkan diri sambil mendoakan akan berlaku perubahan dan peralihan kuasa segera daripada Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim.
Rakyat terbanyak tahu bahawa tentulah ada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat perubahan tampuk pemerintahan ini berlaku.
Ada juga sebilangan kecil rakyat yang amat tidak ‘berkenan’ DS Anwar menjadi Perdana Menteri dengan mencadangkan agar Tun Mahathir terus menerus memegang tampuk pemerintahan negara sehingga penggal berakhir.
Yang anihnya ada juga yang mencadangkan sedemikian dengan melupakan janji-janji dan persetujuan yang telah dibuat menjelangnya PRU ke 14 dahulu. Kumpulan ini seolah-olah mahu melupakan terus janji-janji yang telah termeterai.
Kumpulan yang menentang perjanjian sedemikian sebenarnya tidak faham keadaan sebenarnya bahawa rakyat sememangnya menunggu dan menanti dengan penuh sabar kehadiran DS Anwar Ibrahim untuk memimpin negara ini.
Ini tidak pula bermakna bahawa rakyat tidak suka kepada kepimpinan Tun Mahathir. Rakyat sudah berlaku amat adil dengan ‘membenarkan’ Tun Mahathir memimpin negara ini buat sementara menunggu giliran DS Anwar Ibrahim. Dan mungkin juga Tun Mahathir memahami keadaan sedemikian yang mana rakyat memang sebenarnya menunggu kepimpinan DS Anwar Ibrahim.
Alasannya begini. Dalam usaha Pakatan Harapan untuk memenangi PRU14 dulu, Tun Mahathir sanggup ‘merendah diri’ berjumpa dan berbincang dengan DS Anwar ketika beliau masih dipenjarakan. Tun Mahathir amat sedar tentang pengaruh kuat DS Anwar ke atas rakyat Malaysia.
Rakyat sedar tentang peranan ‘penyudah’ Tun Mahathir dalam menyempurnakan kemenangan Pakatan Harapan kemudiannya, namun rakyat juga sedar bahawa perana DS Anwar juga tidak kurang pentingnya dalam memenangkan Pakatan Harapan.
Slogan ‘REFORMASI’ yang sentiasa dilaung-laungkan dalam suasana berkempen dulu banyak membantu kemenangan Pakatan Harapan. Dan tidak keterlaluan sekirannya dikatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mahu melihat ‘air tangan’ DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara ini.
Tak usahlah ada suara-suara sumbang yang mahu menganggu gugat peralihan kuasa ini kerana rakyat Malaysia dari semua banagsa sudah bersatu hati meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada DS Anwar Ibrahim apatah lagi setelah didengar oleh mereka ‘suara hati’ Tun Mahathir yang bertekad untuk menyerahkan negara ini kepada beliau dan tidak ada nama-nama lain untuk dipertanggung-jawabkan. Dan tak payahlah ada lagi ‘tokoh-tokoh’ yang bermimpi untuk menduduki ‘takhta’ berkenaan.
Walau apa pun perencanaan kita namun ketentuan dari Allah juga yang menentukan segala-galanya.
...............................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

No comments