Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Mengapa PAS panik tentang janji peralihan kuasa PH?

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa pemimpin PAS seolah-olah begitu panik dengan rancangan peralihan kuasa perdana menteri Pakatan Harapan (PH) seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.

Ini susulan beberapa pemimpin PAS yang menyerang PH menjelang mesyuarat majlis presiden pada Jumaat ini untuk merperincikan butiran rancangan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Mengapakah pemimpin PAS panik mengenai janji peralihan kuasa Pakatan Harapan?

“Secara tiba-tiba, para pimpinan PAS kini kelihatan seakan-akan mereka adalah pakar dalam bidang perlembagaan yang layak untuk menjawat jawatan tinggi kehakiman, tanpa mengambil kira sama ada mereka mempunyai sebarang asas ataupun tidak dalam bidang tersebut.
“Antara rahmat yang patut disyukuri oleh segenap rakyat di negara ini adalah hakikat yang sebenarnya para pemimpin PAS ini tidaklah menjawat sebarang jawatan tinggi kehakiman di dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanpa menyebut sebarang nama, Lim berkata seorang pemimpin PAS dengan latar belakang perundangan mendakwa bahawa perbincangan Dr Mahathir mengenai isu peralihan kuasa kepada Anwar mencabuli kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Kenyataan ini membuatkan saya terfikir, daripada manakah beliau mendapat ilmu perundangan beliau,” kata Lim yang jelas merujuk kepada Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Beliau juga berkata, bahawa seorang lagi pemimpin PAS mendakwa Majlis Presiden PH tidak mempunyai locus standi untuk menentukan siapakah yang akan menjadi perdana menteri. Kenyataan itu sebelum ini dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.
“Mungkin, jika diperlukan satu bentuk ujian kecerdasan asas, kita akan dapat lihat pengurangan kenyataan tidak masuk akal daripada para ahli politik.

“Kita dapat lihat dengan jelas sekali, semua kenyataan ini dikeluarkan oleh para pemimpin PAS kerana mereka tidak mahu Pakatan Harapan untuk menepati janji pilihan rayanya.

“Namun begitu, pemimpin PAS juga amat rakus dalam menyerang Pakatan Harapan mengenai isu janji dan manifesto pilihan raya,” katanya.

Lim berkata PAS memilih untuk berkerjasama dengan para kleptokrat pada pilihan raya umum lalu perlu membuat keputusan.

PAS sedang berusaha memujuk Dr Mahathir supaya terus memegang jawatannya dan secara terbuka menyatakan mereka akan membentangkan undi percaya di Dewan Rakyat bagi membuktikan sokongan itu.
Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata ada yang mahu dirinya kekal sebagai perdana selama "22 tahun" lagi tetapi memberi jaminan bahawa beliau akan melepaskan jawatan selepas tamatnya Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November.

PH pada pilihan raya umum lalu memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri dengan persetujuan bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar sebelum penggalnya berakhir. Walau bagaimanapun tiada tarikh tertentu ditetapkan.

Anwar berkata kemungkinan tarikh rancangan peralihan akan dibincangkan semasa mesyuarat majlis presiden pada 21 Feb ini.
...............................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments