Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

‘Jika saya ahli Umno, saya tolak dasar No Anwar No DAP’

Saya rumuskan sebab penolakan mereka sebagai berikut:

i. Perjuangan Anwar adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi.
ii. Anwar dianggap tidak bermoral.
iii. Menerima DAP, musuh paling utama sejak sekian lama bererti UMNO menggadaikan dasar perjuangan ABATAnya (Agama, Bangsa, Tanah Air).
iv. DAP adalah parti rasis dan cauvinis.
v. DAP dianggap anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu.

Mengulas dasar ‘No Anwar No DAP’ ini, Tengku Razaleigh (Ku Li) menyatakan slogan ini “hanyalah sentimen semata-mata.”

Puad Zarksahi menambah dengan menyatakan “slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa. Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.”

Kenyataan Ku Li dan Puad ini membawa makna buang sentimen dan berubah sesuai dengan tuntutan semasa. Slogan No Anwar No DAP tidak membawa UMNO ke mana, sebaliknya membuka kerjasama baharu dengan PH boleh menguntungkan Umno.

Pertama, kerjasama dengan PH membolehkan Umno bertanding di semua kerusi tradisinya tanpa pertindihan kerusi dengan Bersatu dan Pas. Kedua, Umno akan kekal sebagai parti Melayu dominan kerana tidak lagi bersaing dengan dua parti Melayu yang lain dalam PN.

Ketiga, Umno dengan Pas dan Bersatu sekadar mendapat jawatan kecil, tetapi jika dengan PH, Umno akan mendapat jawatan yang lebih kanan.

Bagi saya, dalam kemelut politik hari ini, Umno perlu pragmatik. Menerima Anwar dan DAP bukan bererti membentuk pakatan baharu, tetapi membentuk kerjasama politik.
Satu lagi ialah slogan ‘No Anwar No DAP’ berkonotasi kebencian dan perkauman yang tentunya bukan modal politik terbaik untuk negara kita.

Perjuangan politik terbaik bagi negara kita adalah memenuhi keperluan rakyat, mensejahterakan kehidupan mereka dan membina negara bangsa yang bersatu.

Saya fikir, dalam senario politik sekarang, kerjasama BN/Umno dan PH adalah lebih baik untuk mencapai hasrat di atas.

...............................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments