Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Politik Terlalu Kejam Untuk Dr Maszlee

Oleh Norman Liverpool

Menteri Kasut Hitam diminta berhenti


Dr Maszlee bukan org politik dan KPM bukan pentas utk beliau berpencak silat kerana pastinya ia kelihatan sumbang. Beliau adalah ahli akademik, bukan sekadar ahli akademik biasa tetapi berlatar belakang akademik agama yg baik. Saya pemuja beliau sebagai seorang intelektual tapi bukan walaun beliau.

Pandangan peribadi saya, Dr Maszlee masuk ke alam politik kerana marahnya beliau dan rasa keinginan bersama sama rakyat Malaysia menjatuhkan kerajaan kleptokrasi atau kerajaan penyembah duit.

Jutaan komen bercerita mengenai Dr Maszlee. Yg mengejutkan saya 99% memuji dan merasakan satu kerugian utk pentadbiran negara atau PH sendiri. Kenapa simpati begitu sekali sedangkan dulu ramai yg menghentamnya.

Saya geram kenapa skg baru hendak memuji kebaikan yg dilakukan oleh Dr Maszlee. Saya marah apabila isu kasut hitam dimainkan pembangkang di media sosial dgn rasa tidak bertanggungjawab. Isu yg tak patut jadi isu.

Kasut hitam adalah perubahan yg sgt baik tetapi kenapa Dr Maszlee dikambing hitamkan? Mengapa tidak diulas tentang kebaikan kasut berwarna hitam?

Rata2 rakan saya memberitahu bagus juga kasut anak berwarna hitam... jika tidak dahulu setahun paling kurang 2/3 pasang kasut mesti dibeli. Sebab kena sentiasa basuh.

Sedangkan kita yg bekerja ni pun tak sanggup membeli kasut berwarna putih mengenangkan sukar menjaganya... inikan pula anak2 yg terkenal dgn kenakalannya.

Mengapa kebaikannya tidak dihebahkan? Ini semua adalah masalah komunikasi. Masalah yg saya sering katakan ia adalah masalah Menteri Multimedia tidak berperanan. Menteri yg dikekalkan oleh Tun Mahathir bagi melemahkan kerajaan PH dlm komunikasi kerajaan dgn rakyat.

Saya rasa teruknya sikap sesetengah org Malaysia hingga pemberian makanan percuma juga dijadikan isu. Benda yg baik dijadikan isu asal boleh melahirkan persepsi negatif kpd usaha kerajaan.

Masalah komunikasi ( kelemahan Kementerian Multimedia ) rakyat bukan sahaja tidak faham malah lebih teruk tidak tahu apa kebaikkan yg dibuat Dr Maszlee atau Kementeriannya.

Sedangkan beban guru berjaya beliau kurangkan, permudahkan pertukaran guru dibuat secara online, pembaikan sekolah2 usang dan bermacam mcm lagi. Beliau bukan Menteri curi duit rakyat.

Sepatutnya isu Rosmah Mansor didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak menjadi isu gempar dan dihebahkan sepanjang tahun.
Berbalik kpd isu Dr Maszlee, menjadi tanda tanya adakah beliau mahu berhenti atau diberhentikan? Daripada kenyataan beliau... jelas beliau dipanggil dan disuruh berhenti oleh PM. Itu pemahaman saya dari kenyataan dlm sidang media.

Disini timbullah konflik mengapa beliau diminta berhenti? Kenapa bukan Azmin Ali yg menawarkan projek kpd MP BN, skandal seks, melancong beratus ribu, perkahwinan mega anaknya dan bermacam macam lagi skandal tidak diminta berhenti?

Jika berdasarkan ketidak mampuan Menteri... Gobing Singh, Mohammadin Katapi, Waytha Moorthy, Zuraida, Baru Bian, Mohd Redzuan dan Rina Harun jauh lebih teruk. Kenapa bukan nama2 ini dinyahkan?

Adakah benar kerana Dr Maszlee mendengar aduan guru2 bahawa jaringan Internet yg dimonopoli YTL sangat perlahan dan bercadang KPM utk membuka tender kpd syarikat2 yg lain membuat Tun Mahathir berang?

Jika KPM bermasalah kenapa hanya Dr Maszlee disuruh berhenti... mengapa Timbalannya, Teo Nie Ching tidak disuruh berhenti juga?

Benarkah tulisan Jawi itu adalah arahan Tun Mahathir utk mencetus semangat anti Cina? Jika dari Dr Maszlee bagi saya ia adalah satu kesilapan beliau dlm memahami dunia politik. Apatah lagi Jawi tidak membawa apa2 dlm dunia Islam utk tujuan dakwahnya.

Adakah Dr Maszlee diminta berhenti bagi menguatkan agenda Tun Mahathir utk memahatkan minda org Melayu bahawa Dr Maszlee diarahkan berhenti kerana tekanan dari DAP?

Sekaligus utk membuktikan kononnya DAP adalah yg paling berkuasa di dlm PH bagi memudahkan Bersatu bersama PAS dan UMNO memimpin kerajaan pintu belakang yg baru? Kita kena memikirkan di luar kotak atau lebih mendalam dlm isu ini.

Sedangkan yg membaca ( golongan intelektual ) tahu yg menentang pelajaran Jawi ini MCA. DAP melalui Lim Kit Siang sendiri menjelaskan kpd kaum Cina belajar bahasa Jawi tidak akn menghilangkan jati diri bangsa Cina.

Kes lagu Negaraku dinyanyikan dlm bahasa Cina yg dibenarkan kerajaan ( KPM ) dahulu.... Lim Guang Eng yg pertahankan lagu Negaraku mesti dinyanyikan dlm bahasa Melayu... rakyat tak tahu kerana masalah komunikasi.

Yg rakyat Melayu teramai tahu Melayu terlanggar lembu mati salah DAP, sumbangan berjuta ringgit pada Sekolah Agama salah DAP, Cina kencing berdiri salah DAP, semut mati kena pijak pun salah DAP.

Isu 13 Mei atau anti Cina seolah olah dimainkan semula melangkaui sempadan sehingga ke dunia pendidikan negara. Samada oleh kerajaan ( musuh dlm selimut ) atau pembangkang semata mata memenuhi nafsu politikus.

Baiklah isu Maszlee berhenti akan selesai selepas seminggu sebelum ada isu baru dialihkan. Persoalannya siapakah yg layak menggantikan tempat Dr Maszlee?

Pastinya Tun akan cuba mengisinya dari parti Bersatu. Apatah lagi utk menguatkan parti tersebut.

Ramai yg berkata Datuk Mustapa Mohamed disebutkan individu yg bakal menjadi pilihan Tun.

Cuma yg dipertikaikan adalah mengapa individu terbabit yg tidak berjuang tetapi hanya melompat parti. Adakah Saifuddin Abdullah wakil kartel yg dilihat begitu kuat membodek Tun Mahathir.

Adakah Tun akan melantik individu yg rapat dgnnya dan mampu mengikut telunjuknya?

Dr Maszlee menjadi mangsa kpd sikap org Melayu itu sendiri. Org Melayu memang terkenal dgn sikap menolak walaupun ia bertujuan utk kebaikan. Suruh berhenti merokok dimarahnya, jgn merokok dlm kedai dimarahnya....

Tidak hairan sejak dulu dihebahkan oleh Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba, Hamka, Professor Engku Aziz dan Prof Syed Hussein Al Attas dlm penulisan atau pandangan mereka mengenai sikap org Melayu.

Sebab itu 10 kebaikkan dibuat Dr Maszlee tetap beliau dicopkan sebagai Menteri Kasut Hitam. Kasut hitam yg sebenarnya bagus utk rakyat dari segi ekonomi dan masa telah dikambingkan hitamkan politikus dan rakyat yg berhati hitam.

Terima kasih Dr Maszlee atas sumbangan anda. Anda tetap mendapat penghormatan saya kerana anda bukan Menteri yg menghabiskan ratusan ribu bercuti ke sana sini. Terima kasih pemberian makanan percuma utk anak2 saya dan terima kasih menjimatkan kos kasut anak2 saya.

Buat Dr Maszlee anda adalah antara Menteri yg baik. Cuma salahnya anda menguruskan KPM sebagai ahli akademik dan bukan sebagai org politik.
.......................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments