Menyengggang Diri Menilai Politik
Demokrasi kita dibangun dan digerakkan oleh politik. Bila politik busuk dan hanyir, ertinya demokrasi kita tidak bererti lagi. Kejernihan diharap daripada politik sudah tiada lagi.
Kita mungkin betah dan asyik untuk terus berpolitik apabila kita sanggup sama melacurkan diri serta memakan sesuatu yang jijik, cemar hatta yang haram.
Saya tidak sanggup dan tegal berbuat begitu walaupun sekadar menyaksikannya daripada luar, pun sudah hilang kesanggupan.
Kebusukan dan kehanyiran politik hari ini benar-benar meloyakan diri.
Politik sebuah kehidupan persis kisah dalam sebuah filem yang kita saksikan dengan pancaindra dan perasaan.
Walaupun kita tidak menyukainya, berada jauh dari realiti filem itu sedikit sebanyak ia mempengaruhi kita.
Makanya masa sudah sampai untuk mengabaikan politik dan membuat penilaian dan semakan menyeluruh apakah kita perlu terus berpolitik dalam situasi seperti hari ini?...............................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...
No comments