Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Najib akui kesilapan dalam tadbir urus 1MDB

Oleh

PERDANA Menteri Najib Razak hari ini mengakui berlaku kesilapan tadbir urus korporat dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi berkata beliau tidak akan menyalurkan lebih banyak wang untuk membantu syarikat pelaburan negara itu, tidak seperti perdana menteri sebelumnya.

Secara jelas merujuk kepada mentornya yang kini bertukar menjadi musuh Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata beliau juga mengarahkan siasatan dijalankan terhadap skandal 1MDB, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

“Kami arahkan siasatan dibuat terhadap syarikat itu, bukannya kami terus tidak mengendahkannya. Arahan siasatan seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita.

“Daripada menyuntik lebih banyak wang untuk menutup kesilapan yang dihadapi 1MDB, seperti cara dilakukan bekas pemimpin, saya arahkan rasionalisasi dilakukan terhadap syarikat itu,” kata Najib ketika berucap di persidangan Invest Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata langkah rasionalisasi itu berjalan dengan baik dan banyak aset yang sebelum ini dimiliki 1MDB kini berkembang maju.

Memetik Tun Razak Exchange sebagai contoh, Najib berkata sesiapa saja boleh lalu di kawasan itu untuk melihat perkembangan pembinaan baharu itu.

Beberapa siasatan sedang dijalankan terhadap 1MDB di seluruh dunia termasuk tiga tuntutan saman difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, dan setakat ini hanya Singapura berjaya mendakwa mereka terbabit dalam syarikat yang dipengerusikan Najib itu.

DoJ memohon menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) lagi aset yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB, membawa jumlah setakat ini AS$4.5 bilion.

Bagaimanapun, Najib terus menafikan sebarang salah laku dan pihak berkuasa Malaysia melepaskannya.

Najib berkata walaupun ada isu dalam 1MDB, apa yang pasti ialah ahli politik yang membesarkan isu itu cuba mensabotaj syarikat berkenaan dalam cubaan menggulingkan kerajaan.

“Jika tidak ada 1MDB, mereka akan pilih benda lain untuk diserang dalam cubaan mengubah kerajaan secara tidak sah,” katanya

No comments