Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Bersama Menolak Amalam LGBT

Oleh HAJI MAHFUZ OMAR

1. Insiden himpunan menuntut hak bagi kumpulan LGBT di Kuala Lumpur kelmarin adalah satu tragedi yang sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.

2. Sepanjang kita merdeka hampir 62 tahun, tidak pernah terjadi tuntutan terbuka sedemikian. Pelik tapi itulah hakikatnya apabila tiada penegasan dibuat selama ini oleh pihak berwajib.

3. AMANAH menolak tuntutan kumpulan ini untuk membenarkan pengamalan dan pengiktirafan budaya Lgbt dimana ianya bertentangan dengan agama Budaya Dan nilai diri.

4. Sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia apabila budaya ini cuba dicangkirkan atas nama hak asasi manusia. Islam mengiktiraf hak asasi manusia namun ianya mesti selari dengan budaya dan tuntutan naluri sejagat.

5. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak rakyatnya. Namun hak-hak rakyatnya mempunyai had mengikut kerangka budaya resam serta agama.

6. LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ianya juga bertentangan dengan budaya dan sistem nilai kemanusiaan samada di timur mahupun di barat. Tidak ada satu agama pun di dunia ini yang mengiktiraf LGBT.

7. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menolak dan menangani isu dan budaya ini secara hikmah dan sihat tanpa mengorbankan keamanan dan perpaduan rakyat.

8. Usaha Dan ikhtiar perlu dilaksanakan oleh kita semua dalam mendidik dan membimbing rakyat akan kesan kerosakan daripada pengamalan budaya LGBT ini. Sistem pendidikan perlu diperkasakan, masyarakat perlu berganding bahu tanpa mengira agama bangsa dan status dalam bersama-sama mencorak negara Bangsa Malaysia yang bertamadun diukir dengan nilai akhlak dan jati diri yang luhur.

9. Saya dan AMANAH berdiri teguh dengan penegasan YAB Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia bahawa tiada tempat untuk menerima dan mengiktiraf budaya LGBT di Malaysia dan kerajaan menolak pengamalan dan budaya LGBT dalam negara ini.

10. Syabas kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana pendirian tegas tersebut menyebabkan pendokong dan penyokong LGBT membuat demonstrasi menuntut hak mereka dimana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini di zaman BN kerana tiada penegasan dibuat sebelum ini.

11. Ayuh rakyat Malaysia kita dokong dan bersama-sama kerajaan Malaysia mempertahankan KESOPANAN Dan KESUSILAAN rakyat melalui budaya hidup sihat dan normal.

Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Malaysia Pokok Sena
3pm 10 Mac 2019/2 Rejab 1440H
...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments