Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

RMK-11: Langkah jimat cermat hanya sementara

KUALA LUMPUR - Langkah berjimat cermat bagi tempoh 2018-2020 boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi tetapi ia hanya bersifat sementara, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya yakin dengan langkah membasmi ketirisan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan, dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya semasa membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Mahathir, kerajaan Barisan Nasional terdahulu telah berbelanja dengan boros dan tidak berhemat.

"Sekarang kita perlu berbelanja dengan cermat. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan perlu dikukuhkan," katanya sambil menambah amalan kewangan yang tidak telus akan dihentikan dan ketirisan pada semua peringkat ditangani.

Langkah ini termasuk mengkaji semula pelaksanaan projek yang tidak mampan dan membatalkan projek berkeutamaan rendah.

Namun, projek pembangunan sosioekonomi yang berimpak tinggi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat akan diteruskan, katanya.

Bagi tempoh 2018-2020, ekonomi disasarkan berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar negeri, terutamanya permintaan kukuh dalam kalangan negara rantau Asia.

Permintaan swasta dijangka kekal menerajui pertumbuhan ekonomi, dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 5.7 peratus setahun.

Dengan penambahbaikan tadbir urus dan peningkatan hasil, Dr Mahathir berkata kerajaan yakin kedudukan fiskal dapat dipulihkan pada akhir tahun 2020.

Menurut beliau, kerajaan menyasarkan defisit fiskal sebanyak 3.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020.

Antara langkah proaktif yang berjaya diambil adalah menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan pada masa sama, kerajaan juga perlu memastikan pengurangan perbelanjaan awam tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi. - Bernama

...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments