Mana pergi peranan menteri belia dan sukan?
E-sport antara perkara yang mendapat perhatian
menteri muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Tidak dinafikan beliau
sekarang sangat proaktif dalam merancakkan bidang ini.
Namun, tidak salah rasanya kita mengingkatkan kembali
bahawa idea ini telah pun diketengahkan oleh Datuk Seri Najib sejak
tahun 2014 lagi.
Selain daripada e-sport, sukan seperti bola
sepak, badminton dan bola sepak harus diberi perhatian. Terutama sekali
mengenai isu jurulatih bola sepak bawah 17 tahun, Lim Teong Kim yang
dipecat kerana tidak mencapai indeks prestasi utama (KPI) untuk layak ke
Piala Dunia B17.
Isu ini telah menjadi hangat dan menjejaskan kredibiliti
Syed Saddiq sebagai majikan kerana mendedahkan gaji jurulatih tersebut
yang berjumlah RM 175,000 tanpa dikenakan cukai setiap bulan.
Perkara ini, jelas menburukkan sifat profesional menteri
ini kerana gaji pekerja merupakan sesuatu yang sulit dan tidak patut
didedahkan majikan.
Syed Saddiq juga menempelak projek bola sepak NFDP telah menghabiskan RM80 juta sejak tahun 2014.
Projek ini merupakan pelan masa panjang untuk melahirkan bakat-bakat dalam bola sepak tanah air.
Beliau sepatutnya bersabar dalam menentukan hala tuju
projek ini dan membuat keputusan campur tangan sekiranya projek ini
terdapat masalah, bukannya, mengambil keputusan terburu-buru dengan
memecat Teong Kim.
Seperti diketahui umum, Teong Kim berjaya melahirkan
generasi emas untuk pasukan bola sepak Jerman dengan melatih nama-nama
besar seperti Thomas Muller dan David Alaba.
Seterusnya, pasukan ini berjaya menjadi juara dunia untuk FIFA 2014.
Sebagai orang muda, saya juga ingin memberi cadangan
kepada Syed Saddiq dalam menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan
menentukan hala tuju belia di negara ini.
Antara cadangan yang saya ingin kemukakan adalah meningkat pengetahuan belia mengenai Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0).
Cadangan ini juga sebenarnya telah dilaksanakan oleh pemerintah dahulu.
Namun, Syed Saddiq perlu sedar bahawa golongan belia
sepatutnya dilatih dalam menguasai bidang ini bukan hanya diberi
pendedahan sahaja!
Syed Saddiq juga boleh merangka beberapa kursus seperti digital marketing, artificial intelligence(AI), virtual reality(VR) dan big data.
Masalah brain drain yang sedang dialami oleh
Malaysia sangat membimbangkan kerana bakat-bakat hebat yang ada di
Malaysia cenderung untuk bekerja dan menyumbang kepada negara lain atas
faktor gaji dan kekurangan pelan daripada kerajaan.
Antara kursus yang paling mudah dalam bidang AI yang
mampu dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan mengadakan kursus
menggunakan Excel VBA Programming.
Software ini sangat senang berbanding dengan software yang lain kerana source code boleh diterbitkan terus melalui Microsoft Excel.
Justeru, sebagai anak muda, saya masih tertunggu-tunggu
apakah keistimewaan menjadi golongan belia di bawah kerajaan pemerintah
yang baru sekarang ini.
Golongan muda antara yang paling lantang dan kuat dalam menaikkan parti pemerintah sekarang.
Seharusnya, Syed Saddiq memandang serius dalam
menggerakkan hala tuju negara dengan merangka pelan jangka masa panjang
dan pendek untuk golongan ini.
Sekiranya, industri revolusi IR 4.0) diabaikan dan
golongan belia tidak mendapat manfaat daripada arus teknologi ini, pasti
negara kita tidak dapat bergerak ke hadapan kerana masih percaya kepada
industri automotif dalam menggerakan ekonomi negara.
Syed Saddiq, anda sangat pasif memartabatkan teknologi untuk golongan belia!
MOHAMAD KHALED ialah penggiat Persatuan Pemikir Muda Johor.
No comments