Kerajaan tiada hasrat ganti bas perantara dengan Grab, kata menteri
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan tidak pernah menyuarakan
hasrat menggantikan perkhidmatan bas perantara dengan pengangkutan
e-hailing, termasuk Grab di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan
Transit Aliran Ringan (LRT), kata Anthony Loke.
“Itu hanya pandangan dan cadangan oleh (Setiausaha Politik Menteri Kewangan) Tony Pua, bukanlah cadangan dari pihak kementerian.
“Buat masa ini, kita juga tidak pernah berhasrat menggantikan mana-mana perkhidmatan bas perantara,” kata menteri pengangkutan itu di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pua yang kerajaan sedang mengkaji kemungkinan bekerjasama dengan syarikat e-hailing sebagai alternatif kepada bas perantara bagi penumpang MRT.
Pua mempersoalkan keperluan menyediakan bas perantara ke stesen MRT
memandangkan ramai pengusaha pengangkutan kini menawarkan perkhidmatan
lebih murah.
Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk daripada Datuk Seri Najib Razak yang secara sinis mempersoalkan keutamaan kerajaan mengambil langkah berjimat cermat dengan mengetepikan kos yang terpaksa ditanggung rakyat.
“Jika hanya kerajaan mengambil pendekatan berjimat, di manakah peluang rakyat pula untuk berbuat demikian?” soal bekas perdana menteri itu.
...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

No comments