Dapatkah Anwar jadi PM?
Oleh USTAZ MOKHTAR SENIK
 TIDAK mudah juga untuk 
Anwar sampai ke kerusi Perdana Menteri (PM). Kalaupun bukan Mahathir 
yang menyekatnya, mungkin orang-orang Mahathir yang menghalangnya. Dalam
 keadaan PKR pecah dua dan DAP yang mula selesa dengan Mahathir 
menjadikan laluan Anwar tidak semudah yang dirancang oleh Rafizi dan 
Abdullah Sani.
Politik Malaysia sedang memerhatikan perkembangan hubungan group Anwar dan group
 Mahathir. Manakala DAP pula mungkin merasa lebih mesra dengan Mahathir 
kerana pada mereka lebih mudah mengawal Mahathir berbanding mengawal 
Anwar. Lagipun kerusi Bersatu lebih sedikit dari kerusi DAP berbanding 
kerusi PKR. Pertukaran Pengerusi SPR saat-saat suasana PRK Port Dickson 
(PD) sedang panas, semacam ada sebuah percaturan dari belakang untuk 
menghalang Anwar. Apa pun Anwar setakat ini belum buat apa-apa statement
 yang bersifat kontra dengan Mahathir. Tetapi orang-orang kuat Anwar 
seperti Rafizi dan Abdullah Sani makin pedas kritikan mereka kepada 
Mahathir. Sehingga Bersatu PD beri amaran kepada mereka berdua agar 
tidak turun berkempen untuk Anwar di PD.
Walaupun Mahathir dan Anwar 
masing-masing belum serang menyerang, namun pemerhati politik sudah 
dapat mengesan perang dingin sedang berlaku. Masing-masing sudah ada sniper
 yang akan mula memetik picu. Hanya tunggu keputusan PRK PD. kerana di 
sini akan bermula sebuah landskap baru politik Malaysia. Mungkin luka 
yang melukai Anwar tidak besar, hanya luka yang kecil, tapi saya percaya
 ia sebuah luka yang dalam dan memedihkan. Kalaupun nanahnya sudah 
kering tapi keluping dan parutnya masih jelas kelihatan. 
Kehadiran Saiful yang pernah ada isu yang panjang dengan Anwar dalam 
gelanggang PRK PD bukan suatu yang kebetulan. Teori kebetulan jarang 
berlaku dalam dunia politik.
Bersambung.....
Tunggu dan lihat....
USTAZ MOKHTAR SENIKTunggu dan lihat....
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat






No comments