Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Serbuan LHDN bukan kebetulan, kata Marina Mahathir

MARINA Mahathir hari ini mempersoalkan pihak berkuasa percukaian Malaysia mengenai “rutin” siasatan dan serbuan ke atas syarikat tiga abangnya, mengatakan tiada notis awal diberikan untuk bertindak sedemikian.

Mereka ialah anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik paling lantang kerajaan pimpinan Najib.

"Tiga-tiga sekali pada hari yang sama? Tak mungkin kebetulan," kata Marina 

"Dan mengapa tanpa memberi apa-apa notis?" soalnya.

Marina mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

Opcom merupakan sebuah syarikat dipengerusikan Mokhzani yang ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik.

Mukhriz yang kini merupakan timbalan presiden Bersatu merupakan salah seorang pemegang sahamnya.

Sementara seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan merupakan ketua pegawai eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.

Seorang sumber memberitahu, LHDN menyerbu pejabat Kencana pada Selasa dan merampas 11 fail daripada syarikat itu.

Ketika serbuan dilakukan, Mokhzani berada di luar negara akan tetapi kini sudah pulang ke Malaysia.
Sumber berkata, syarikat itu selama ini menggunakan khidmat juruaudit terkemuka PricewaterhouseCoopers (PwC).

"Mereka membayar cukai setiap tahun selama ini.

"Bagaimanapun, mereka tetap akan bekerjasama dengan pihak berkuasa," kata sumber yang mengetahui operasi syarikat itu dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber berkata, mereka percaya serbuan dilakukan LHDN ini bermotifkan politik kerana Dr Mahathir kini menentang pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak-The Malaysian Insight.

No comments