Nurul Izzah, Zuraida kini dibenar masuk Sarawak
DUA pemimpin wanita utama PKR, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin, mendapati mereka tidak lagi “mempunyai masalah” dengan imigresen Sarawak apabila mereka dibenarkan masuk ke negeri itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam untuk menghadiri rumah terbuka PKR di Petra Jaya malam tadi, walaupun masih berada dalam senarai orang yang dihalang memasuki Sarawak.
Nurul Izzah yang merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR, tiba pada jam 7.30 malam dan Zuraida yang merupakan ahli Parlimen Ampang dan ketua Wanita PKR tiba lebih awal pada jam 1.35 petang.
Nurul Izzah yang pernah dihalang memasuki Sarawak pada Disember 2015 berterima kasih kerana dibenarkan memasuki negeri itu tanpa syarat.
Dia sepatutnya mendedahkan calon PKR untuk pilihan raya di Sarawak.
Keputusan untuk menghalangnya memasuki negeri Borneo itu dikatakan berpunca daripada tindakan Sabah yang mengisytiharkannya sebagai “persona non grata” selepas gambarnya bertemu dengan Jacel Karim, anak perempuan kepada lelaki yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu yang menjadi dalang kepada pencerobohan Lahad Datu pada 2013.
Di acara rumah terbuka malam semalam, Nurul berkata tiada sebab mengapa dia dan Zuraida perlu dihalang memasuki Sarawak kerana “kami bukan penjenayah”.
“Kami di sini untuk berhubungan dengan rakyat Sarawak,” katanya.
Kali terakhir Sarawak membenarkan dia memasuki negeri itu adalah pada Jun tahun lepas bagi membolehkan dia menghadiri upacara pengebumian rakan politik dan aktivis tanah orang asal yang mati dibunuh, Bill Kayong.
Ketika itu, dia dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang turut berada dalam senarai halangan memasuki negeri dibenarkan melawat selama seminggu.
“Kali ini tiada syarat dikenakan. Saya harap ini berterusan,” katanya.
Zuraida disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How, Ketua Bahagian BKR Petra Jaya Baharuddin Mokhsen, Ketua Wanita Sarawak Nurhanim Mokhsen dan Naib Presiden Wanita Kebangsaan Voon Shiak Ni berkata dia agak ragu-ragu dalam perjalanan dari pesawat ke pintu kawalan imigresen.
“Akhirnya tiada masalah. Pegawai imigresen tengok nama saya, panggil pegawai senior untuk pengesahan dan diberitahu ‘tiada masalah’,” katanya.
Zuraida dimasukkan dalam senarai halangan pada Januari tahun lepas.
Dia datang ke Sarawak bagi persiapan menghadapi pilihan raya Sarawak.
Memandangkan dia kini dibenarkan memasuki Sarawak, dia merancang untuk datang setiap dua minggu menjelang pilihan raya umum akan datang, katanya lagi

No comments