Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Siapa sebenarnya Kim Jong-nam

BERIKUTAN kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri kepada Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) minggu lalu membuatkan nama Malaysia kembali menjadi 'tumpuan' orang ramai.

Tambahan pula, mangsa merupakan 'orang' penting di Korea Utara, namun begitu tidak banyak yang diketahui mengenai pemilik nama Kim Jong-nam ini melainkan apa yang ditulis media.

Berikut  merupakan trivia mengenai kisah hidup Kim Jong-nam yang ramai tidak tahu.

1. Dilahirkan pada tahun 10 Mei 1971 hasil hubungan bapanya, Kim Jong-il dan pelakon Korea Utara, Song Hye-rim.

2. Beliau kemudiannya dihantar ke Geneva untuk menyambung pelajarannya bagaimanapun kemudian berpindah ke Moscow  buat seketika sebelum kembali semula ke sana untuk menamatkan pengajiannya.

3. Sekembalinya beliau dari luar negara, Jong-nam terang-terangan tidak menyukai tinggal dalam keadaan 'terkurung', berbanding kehidupannya di Switzerland, sebelum ini.

4. Perbezaan umur sebanyak 13 tahun serta ketiadaannya di Korea Utara membuatkan hubungannya dengan Kim Jong-un tidak rapat.

5. Menurut seorang penulis buku biografi kisah beliau bertajuk 'My Father, Kim Jong Il and Me', Gomi mendakwa bahawa kedua-dua adik beradik tersebut tidak pernah berjumpa kerana terdapat praktis di sana untuk tidak membesarkan bakal pemimpin bersama-sama.

6. Walaupun tidak menggantikan ayahnya, beliau turut berperanan di dalam rejim tersebut dan menguruskan akaun bernilai berjuta-juta dolar dan memeriksa para diplomat.

7. Bagaimanapun, beliau hidup dalam buangan selepas ditangkap ketika cuba memasuki Taman Tema Disneyland di Tokyo pada tahun 2001 menggunakan pasport palsu.

8. Insiden tersebut memberi kesan kerana mendedahkan bahawa pemimpin Korea Utara sering ke luar negara menggunakan pasport palsu.

9. Beliau dilaporkan mempunyai enam orang anak bersama dengan tiga perempuan yang berbeza.
10. Banyak menghabiskan masa luar daripada Korea Utara, mempunyai kediaman di China dan Macau.

11. Anaknya, Kim Han-sol pernah melakukan temubual mendakwa mempunyai sedikit sahaja kawan sewaktu membesar di Korea Utara, dia kemudiannya berpindah ke Macau.

12. Han-sol juga akan pergi ke Korea Utara sekali setahun untuk berjumpa ahli keluarga yang lain.

No comments