Isu Pembunuhan Jong - Nam - Adakah Altantuya 2 ?
1. Lolosnya beberapa bahan bukti utama dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam adalah satu lagi peristiwa malang yang pastinya memberikan kesan kepada imej dan tahap amalan intergriti negara di mata masyarakat antarabangsa.
2. Ancaman bocornya pintu keselamatan negara (porous border) adalah persoalan bagaimana rakaman CCTV KLIA 2 yang merakamkan tragedi pembunuhan Jong nam boleh terlepas ke tangan media asing dan ditayangkan dibeberapa buah negara diantaranya Jepun dan Singapura beberapa hari yang lalu.
3. Kebimbangan kepada amalan rasuah dan penyelewang kuasa yang berleluasa adalah faktor utama yang memungkinkan berlakunya kebolosan video pembunuhan Jong nam ke tangan pihak asing yang pastinya merumitkan lagi siasatan kematian rakyat Korea Utara ini.
4. Perdana Menteri dan anggota kabinet mesti bertanggung jawab sepenuhnya terhadap insiden kebolosan bahan bukti ini kerana maruah negara sangat tercemar dan terkesan terutama ianya melibatkan isu betapa rapuhnya pintu keselamatan negara.
5. Di kacamata antarabangsa, kita khuatir isu pembunuhan Jong-nam akan melahirkan persepsi Altantuya 2. Sudah cukup wibawa dan intergriti negara tercemar dengan mistsri pembunuhan kejam Altantuya yang motif kematiannya masih menjadi rahsia sehingga kini.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
21 Februari 2017
No comments