Betulkah Daim kata Azmin finish?
Oleh Mohd Sayuti Omar
DALAM tempoh tidak sampai 73 jam ini saya melihat Anwar Ibrahim mendapat semangat dan kekuatan baharu untuk menghadapi musibah kemelut yang menimpa partinya waktu ini.
Semangat itu juga secara tidak langsung memberi keyakinan kepadanya, bahawa ombak yang ditimbulkan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak akan sampai Keadilan karam dan tenggelam.
Beberapa petunjuk "alam" yang boleh diperhatikan. Antaranya ialah apabila malam tadi Dr Mahathir Mohamad hadir ke temurapat (retreat) Keadilan di Port Dickson yang bermula hari ini selama tiga hari. Kehadiran Mahathir itu memberi singnifikan jelas dengan apa yang berlaku. Bahawa Dr Mahathir tidak terganggu dengan aksi-aksi Azmin dan kumpulannya. Secara tidak langsung di sini juga menunjukkan kehemahan Mahathir dalam berpolitik.
Sama ada Mahathir sedar dan harus berdiri di tengah-tengah di antara dua orang bergaduh itu, itu soal lain. Tetapi yang jelasnya apabila hadir ke Port Dickson semalam menunjukkan beliau masih berpegang kepada majoriti dan bukan peduli kepada rengetan budak-budak yang mahu mendapat perhatian. Inilah sifat dan sikap Mahathir yang tidak mudah untuk difahami dan meletakkan beliau sebagai seorang politis yang abstrak, licit dan bijak.
Anwar dan Keadilan tentu gembira dengan kehadiran Mahathir itu. Apa lagi Mahathir telah berucap memberi nasihat agar semua pihak jaga keharmonian dan elakkan perpecahan. Beliau memberi amaran perpecahan akan membawa kepada kekalahan.
Walaupun Mahathir tidak menyebut langsung kepada Keadilan, dengan berlindung dengan menyebut PH, tetapi ucapan dan nasihat itu ditujukan kepada Keadilan, khasnya kepada individu yang gelenger untuk bergaduh. Kekalahan yang beliau sebutkan itu tentulah kepada mereka yang memiliki kuasa minoriti yang mana seharusnya kuasa minoriti tunduk kepada kuasa majoriti.
Kita berpuas hati dengan cara Mahathir, beliau nampak jujur dan berpegang kepada prinsip dan konsensus yang telah dijanjikan.
Selain daripada apa digambarkan Mahathir di Port Dickson itu, ada beberapa gambaran lain yang ada hubung kait dengannya berkaitan isu yang berlaku sekarang ini. Gambaran itu seakan-akan indikator kepada masalah yang berlaku kini.
Khabarnya semalam, selepas mesyuarat kabinet dan sessi bergambar Dr Mahathir memanggil Azmin? Panggilan itu penting kerana Azmin dikatakan terpaksa membatalkan rutinnya mengadakan post cabinet setiap selepas mesyuarat kabinet.
Apa yang berlaku semalam, mengenai sessi bergambar anggota kabinet sebaik selesai mesyuarat itu, kemudian Azmin dipanggil Mahathir memberi tafsiran seperti mana yang bertompok dalam kepala umum hari ini. Bahawa isu video lucah Haziq Aziz itu telah menyebakan Azmin hilang kredibiliti sebagai pemimpin parti selaku Timbalan Presiden Keadilan dan juga sebagai anggota kabinet. Selalunya ada hal mustahak untuk diperkatakan dengan seseorang yang dipanggil itu oleh perdana menteri.
Cara Azmin menghendik Anwar agar mencermin muka dilihat kenyataan yang kesat yang tidak sepatutnya keluar daripada bibir Azmin. Apabila Azmin sanggup mengeluarkan begitu ia menjelaskan jiwanya tidak tenteram lagi. Azmin sebelum ini dilihat seorang yang berwibawa, berhemah dan cukup terserlah keintelektualannya, musanah dengan sikap panas baran itu. Perkembangan itu tentu dipantau oleh Mahathir.
Selain daripada perkembangan atau kejadian-kejadian tadi yang tidak dapat dipastikan, ada dua lagi keadaaan atau petunjuk yang boleh mengukuhkan dan mendamaikan Anwar sekaligus meletakkan Azmin dalam keadaan tidak kondusif. Sebelum Azmin mengherdik Anwar itu, Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perana Menteri A Kadir Jasin semasa berdiskusi buku tulisan Shahbudin Husin menyatakan keyakinannya yang Anwar akan dilantik menjadi perdana menteri.
Kadir melalui perhatiannya serta mengenal hati budi Mahathir yakin dan percaya Mahathir akan menunaikan janjinya untuk melantik Anwar sebagai PM. Keyakinan A Kadir itu memberi sinar harapan buat orang yang mahu melihat Anwar menjadi PM. Sebelum ini A Kadir dilihat seorang yang tidak mudah berkompromi (membodek), beliau lebih bersifat terbuka sesuai dengan prinsip sebagai seorang wartawan professional.
Apabila beliau memberi keyakinan itu saya kira ia bukan satu kata-kata iseng kerana kebetulan melancarkan buku Shahbudin berjudul ANWAR PM Ke 8 - Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati, ketika itu, tetapi disebabkan beliau telah melihat apa yang bergerak di bawah. Sebagai seorang wartawan yang juga kawan baik Mahathir, Kadir mungkin mendapat isyarat jelas. Kebetulan juga sebelum ini Kadir pernah menegur penampilan Azmin sebagai menteri ekonomi.
Selebihnya satu petanda lagi dan ini yang terbaharu sampai ke telinga saya mengenai sikap dan penerimaan Daim Zainuddin berhubung kasus dihadapi Azmin kini. Katanya Daim sudah hilang harapan untuk Azmin menjadi Perdana Menteri selepas meletusnya video lucah Haziq itu. Daim tentu faham dan dapat membaca dan menghidu kedudukan sebenarnya video yang dikatakan tulen tetapi tidak dapat dipastikan pelakunya itu. Apakah Daim mempunyai maklumat lebih banyak daripada pihak Polis mengenai production video berkenaan?
Meminjam kata-kata kawan seperti mana dikutip daripada orang yang rapat dengan Daim; Daim dilaporkan sebagai menyebut; Azmin sudah habis, dia tidak boleh dipakai." Aduh teruk dan kesat juga Daim kalau itulah kata-katanya. Sama sekali kalau Daim yang sebelum ini dilihat menjadi pembuka jalan kepada Azmin untuk jadi PM tiba-tiba boleh dan tergamak melepaskan kata-kata itu.
Bagaiman pun baik kata-kata A Kadir Jasin dan Daim itu walaupun nampak mengukuhkan kedudukan dan mengurangkan kebimbangan Anwar, tetapi itu tidak boleh dipercayai seratus peratus. Walaupun mereka, Kadir lebih bersifat sebagai seorang wartawan manakala Daim seorang pedagang, namun mereka tetap masih lagi berada dalam circle atau orbit politik yang mempunyai motif dan cita-cita tersendiri.
Buat ketika ini dan saat ini kita menerima ia satu kata-kata yang jujur dan bila ia dihubungkaitkan dengan cara penampilan Dr Mahathir hari ini yang menunjukkan mual dengan apa yang berlaku, ia boleh dirumuskan, bahawa kedudukan Azmin kini dalam bahaya.
...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...
No comments