Apa pilihan lebih baik selain kekal tolak Umno, sekutunya?
Oleh Zakaria Musa
Sepuluh bulan berlalu dengan pantas. Fajar 10 Mei 2018 yang indah itu mungkin sudah hilang daripada kenangan. Era bulan madu bertukar menjadi tempoh yang getir.
Rakyat menagih janji yang belum tertunai. Manifesto yang terlaksana pula jarang disebut. Negara yang hampir muflis berjaya diposisikan kembali di landasan yang betul juga seperti tidak dihargai.
Inisiatif pembaharuan dan perubahan seperti tidak dipedulikan. Ya, berita-berita baik kurang dihargai; itukan lumrah?
Menggapai harapan selepas 61 tahun terkurung di bawah regim lama sememangnya tidak mudah. Malah terlalu sukar dengan peninggalan pemerintahan yang sarat korupsi, pembaziran dan legasi usang yang perlu dibersihkan. Sistem dan pelaksananya masih terikat kukuh dengan mentaliti lama walhal impian rakyat menggunung tinggi.
Dalam masa sama, majoriti rakyat semakin kritis dan kritikal. Minda mereka tidak terkepung dan terkurung lagi. Proses pembodohan massa sudah ditamatkan walaupun diakui tidak berjaya sepenuhnya.
Media berjaya dibebaskan selepas kemenangan penuh bergaya pada malam 9 Mei yang bersejarah itu. Malaysia Baharu sudah dilahirkan. Bukan elit penguasa sahaja yang bertukar tetapi semangat, keazaman, minda, budaya, kelaziman juga harus berubah. Tabiat lama mesti dirombak.
Enam dasawarsa bukan tempoh yang singkat. Ia telah membentuk akar yang kukuh menjalar. Sukar untuk dicabut daripada tapak yang mencengkam. Rasuah, kronisme, pilih-kasih, ketirisan, sikap sambil-lewa, bermewah-mewahan, hilang integriti, mudah dihanyutkan emosi. Itu penyakit yang diwarisi turun-temurun dan subur dibajai sekian lama.
Gabungan baharu pembangkang, Umno-Pas, yang muncul selepas regim BN ditumbangkan, telah memanipulasi sentimen agama-kaum secara optimum. Emosi orang Melayu diruntun dengan pelbagai kaedah, menggambarkan seolah-olah nasib umat Islam langsung tidak terbela.
Mereka gigih berkempen dan mendakyahkan bahawa Putrajaya bagai ditakluki golongan bukan Islam dan DAP menjadi teraju utama kerajaan baharu. “Hantu-hantu yang menakutkan” dicipta bagi menonjolkan peranan mereka (Umno-Pas) sebagai pelindung kepada orang Melayu.
Khususnya bagi Pas, mereka tidak segan silu mendakwa kerajaan Pakatan Harapan lebih teruk dan lebih zalim daripada regim Umno-BN. Walhal mereka sendiri menikmati hak yang jauh lebih baik berbanding zaman BN dahulu.
Bagaimana royalti petroleum diagihkan secara tunai kepada akaun kerajaan negeri, juga layanan lebih adil daripada kerajaan persekutuan sehingga pemimpin mereka sudah boleh masuk program-program sekolah kebangsaan. Perdana Menteri pun membuka pintu pejabatnya untuk pimpinan kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Pakatan Harapan sendiri mengakui, banyak lagi janji-janji perubahan dan pembaharuan belum dapat ditunaikan. Ia ditambah-buruk dengan timbunan hutang kerajaan terdahulu sehingga melebihi satu ribu bilion ringgit.
Banyak skandal kewangan — bukan hanya melibatkan kecurian wang berskala mega 1MDB — termasuk Tabung Haji, Felda, Mara dan pelbagai lagi transaksi yang mencurigakan, termasuk pembayaran tidak mengikut kemajuan projek.
Untuk menghakimi sama ada PH gagal menunaikan janji pilihan raya adalah terlalu awal. Tempoh penggal PRU14 belum pun genap setahun. Lagi pula usaha pembaharuan dan pembersihan sedang giat dijalankan, dan mengikut keutamaan. Manakala anggota pentadbiran utama masih dalam proses “pembelajaran” bagi menerapkan idealisme dengan alam realiti yang mencabar.
Masa sama, rakyat khususnya orang Melayu sedang dipesongkan perhatian mereka, dengan membakar sentimen dan emosi oleh pihak yang kalah, Umno-Pas. Ada-ada sahaja isu yang sengaja ditonjolkan, bertujuan menjatuhkan imej kerajaan, dan meraih sokongan buat pembangkang, meskipun PRU15 masih jauh lagi.
Tun Daim Zainuddin dalam syarahannya di UTM mengakui hakikat orang Melayu — termasuk yang berpendidikan tinggi — mudah dipengaruhi emosi mereka, sehingga mengetepikan logik dan rasional.
“Walaupun lebih berpendidikan dan dengan golongan berpendidikan yang besar, kita masih tidak mampu meyakinkan diri kita tiada apa yang perlu ditakutkan orang Melayu di negara ini.
“Adakah orang Melayu berfikir secara strategik, logik dan kritikal? Saban hari semakin jelas orang Melayu berfikir berdasarkan perasaan mereka dan bukannya daya intelek. Kita perlu tanya diri sendiri – apa yang telah berlaku pada diri kita?” Soal Daim lagi.
Kepada mereka yang mungkin terpengaruh dengan propaganda Umno-Pas itu, apakah kita menginginkan kembali, Malaysia bakal diterajui semula oleh Umno, dengan regu baharunya, Pas.
Landasan betul
Sanggupkah kita kembali dinaungi oleh regim kleptokrasi, atau sekurang-kurangnya pemerintahan yang sarat rasuah, kronisme, pembaziran dan salahguna kuasa, yang mengekang kebebasan bersuara, mengongkong badan kehakiman atau bermain slogan perkauman yang berbahaya itu.
Apakah anda sedar, selama Umno-Pas ghairah membentuk persefahaman baharu politik ini, bagaimana dengan prinsip-prinsip bersama yang dipersetujui mereka?
Di mana prinsip antirasuah, mengelak ketirisan, menjamin kebebasan bersuara, memelihara prinsip pengasingan kuasa, menjaga integriti, mengkaji semula konsesi tol, berusaha keras menurunkan harga barangan asas dan kos hidup?
Pakatan Harapan memang tidak mampu menyelesaikan segala masalah rakyat namun ia berada di landasan yang betul untuk mencari formula untuk kebaikan semua. Suara ramai didengari. Pelbagai inisiatif reformasi struktural diusahakan. Mungkin tidak semuanya difahami dan diketahui rakyat. Sistem penyampaian perlu diperkemaskan. Elemen sabotaj, jika ada, harus diambil tindakan serius.
Tidak ramai yang dapat bersabar untuk segera keluar dari kancah krisis ini. Namun, sekurang-kurangnya untuk tempoh sepuluh bulan pertama ini, saya boleh berpuas hati dengan prestasi kerajaan baharu merawat penyakit selama berdekad-dekad lamanya itu.
Lagi pun, apakah kita mempunyai pilihan yang lebih baik? Berjaya menghentikan proses menjahanamkan negara oleh regim Umno-Najib sudah merupakan kejayaan besar. Biarlah barisan pembangkang, Umno bersama sekutu barunya, Pas, bermimpi di siang hari, kerana bukanlah satu kesalahan untuk mana-mana parti berangan-angan. Rakyat mampu menilai selepas menyedari apa yang sebenarnya berlaku.
Ya, prestasi Pakatan Harapan terbuka kepada kritikan dan teguran, selaras dengan jaminan kebebasan bersuara kerajaan. Kelemahan tidak tertutup rapi seperti dahulu lagi. Segalanya telus dan transparen. Di sinilah bermulanya perubahan itu.
Jika alternatif yang dicadangkan adalah gabungan Umno dan Pas, bersama MCA dan MIC, kita sebenarnya tiada pilihan lebih baik. Sudahlah persefahaman Umno-Pas masih diselubungi tanda soal besar ekoran sikap berbelah bahagi pemimpin tertinggi Pas yang tidak konsisten, tiada penegasan terhadap prinsip-prinsip utama yang dipersetujui bersama.
Kita sentiasa mencari pilihan yang lebih baik, bukan kembali kepada keadaan lampau yang sarat dengan kebobrokan dan kefasadan. Jangan disebabkan tempoh awal pembaharuan yang nampak agak tidak stabil ini membuatkan kita singkat fikiran.
Hadapilah zaman sukar ini dengan fikiran yang tenang, berhati-hati dengan dengan dakyah perkauman yang tersebar-luas, usah mudah terpengaruh. Kita sudah berada di landasan yang betul.
Terus maju kehadapan
...............................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

No comments