Taktik RCI bukti Umno mula panik
Oleh Rais Hussin
Terdapat tiga cara untuk mengetahui adalah Umno dalam keadaan panik. Pertamanya, mereka keluarkan duit seolah-olah tiada hari esok.
Kedua, mereka mula berbuat jahat dan memfitnah pada musuh mereka. Dan ketiganya, masih baru lagi pada Umno, iaitu pengulangan yang memualkan, ad nauseam, fokus yang tidak henti-henti kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Sehingga hari ini, ketiga-tiga ini telah mencetus kekacauan, yang menunjukkan Majlis Tertinggi Umno, termasuk Pemuda Umno, kini telah tersepit. Bagaimana?
Formula Pakatan Harapan; formula 10 dan 5 telah menakutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Formula ini memastikan, jikalau berlaku pengurangan 10 peratus undi Melayu dan 5 peratus undi selain Melayu sudah cukup untuk melenyapkan Umno menjadi debu sejarah.
Di seluruh Johor, sebagai contoh, undi Umno dan Barisan Nasional telah jatuh 25 peratus ke 30 peratus semenjak 2008, dan masih jatuh lagi sehingga sekarang. Besar kemungkinan Umno akan hilang kuasa, terutamanya selepas MCA sudah terkubur.
Sudah tamat hari-hari di mana Presiden MCA, bagi menguatkan posisi Umno di Johor, akan bertanding satu kerusi. Ini yang Tan Sri Ong Ka Ting lakukan sebelum beliau terpaksa mengundur.
Datuk Chua Tee Yong pula datang dan hampir kalah di Labis Johor tahun 2013 dan tentunya akan kalahkalau beliau tetap bertanding di situ.
Umno dan Barisan Nasional kini tahu, mereka telah kehilangan penyumbang tetap di Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor. Semasa Umno dan Barisan Nasional sedang lemah, mereka akan mula menerkam seteru mereka, walaupun tanpa sebab.
Dalam masa seminggu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan Jelajah Semarak, dan Jelajah 1MDB, lima ahli Majlis Tertinggi Umno telah menyerang Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Kita akan perasan yang bila mana mereka memerlukan “ulama” untuk melawan Dr Mahathir, mereka tiada pilihan lain melainkan memohon pertolongan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Keduanya, Umno dan Barisan Nasional dalam panik kerana mereka tahu siasatan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat akan jadi siasatan jenayah berat tidak lama lagi. Bila jadi sahaja siasatan jenayah, penipuan mereka yang mereka kata mereka tiada buat salah akan hancur.
Ketiga, daripada melancarkan RCI terhadap skandal berbilion-bilion seperti 1MDB, Najib mengungkit sejarah lampau dengan tujuan hendak menjatuhkan Dr Mahathir, kononnya ada rakyat yang kisah.
Dan semestinya, sebaliknya: berbicara tentang kebenaran dalam kuasa, Dr Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai dan dikenali ramai.
Andai belia di Malaysia belum lagi mengenali mereka, maka mereka ada satu sebab untuk memahami siapakah mereka.
Semakin banyak Umno dan Barisan Nasional cuba untuk mengorek lubang sejarah lalu, semakin banyak kejahatan mereka yang akan terdedah.
Setiap orang yang mencintai negara tahu yang Umno dan Barisan Nasional sudah bersuka ria, sekali dengan duit pembayar cukai.
Harapan kini terletak kepada pembangkang yang kuat dan progresif, Pakatan Harapan.
Mari kita jadikan Pilihanraya Umum kali ke-14 alat untuk mengunci hegemoni Umno dan Barisan Nasional, terutamanya tabiat mereka yang suka menyebarkan berita palsu dan kebenaran separa.
DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

No comments