Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Guan Eng sibuk dengan masalah tinggalan BN

LIM Guan Eng mempunyai tugas besar untuk memberi tumpuan sebagai menteri kewangan dan tidak sepatutnya dibebankan dengan peranan mengetuai rundingan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, kata Daim Zainuddin dalam temu bual dengan The Star hari ini.

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu juga mengatakan tidak banyak menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman menangani rundingan sedemikian.

“Sebenarnya sangat sedikit menteri dalam Pakatan Harapan yang mempunyai pengalaman berurusan dengan China.

“(Guan Eng) mempunyai banyak perkara penting lain yang mesti diuruskan sebagai menteri kewangan, kerana beliau terpaksa membersihkan masalah yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu,” katanya dipetik dalam wawancara.

Daim menambah, beliau sebaliknya mempunyai “hubungan berharga” dengan China yang dibina selama ini.

“Saya mempunyai keistimewaan mengetahui dan pernah bekerja dengan kerajaan China selama bertahun-tahun, dan saya berjaya membina beberapa hubungan yang berharga.

“Saya yakin jika negara mendapat manfaat daripada perbincangan ini yang saya ketuai, orang yang anda katakan tidak gembira pada mulanya akan bertenang,” katanya.

Bekas menteri kewangan itu juga berkata beliau bersedia menyerahkan peranannya dalam projek itu kepada mana-mana pihak yang berminat dan berkelayakan.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada “yang tidak gembira” mengenai pelantikannya, dengan mengatakan hanya beberapa penulis blog yang mengatakan beliau bukan individu sesuai untuk tugas itu.

Beliau juga berkata bekas menteri Kabinet Rafidah Aziz mempunyai pengalaman diperlukan untuk mengendalikan rundingan.

“Saya sudah membantu kerajaan dalam rundingan dua hala sejak 1980-an. Saya sangat gembira menyerahkan rundingan kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil alih.

“Saya kenal Rafidah Aziz yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Daim berkata beliau menjangkakan rundingan mengenai ECRL akan diselesaikan tidak lama lagi.
“Kami semakin hampir. Hanya perlu memperkemaskannya sedikit lagi,” kata Daim................................................................................................................................................................
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments