Usah undang tragedi menimpa Sulawesi
KANGAR: Rakyat negara
ini diharap tidak bersekongkol dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual,
transgender (LGBT) bagi mengelakkan bala seperti melanda Palu dan
Donggola, Sulawesi.
Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan
Hashim berkata, usah kita mengundang bala Allah dengan membiarkan
program Kissing Krist & Signto Ist Fan Meeting yang dikaitkan dengan
artis LGBT dari Thailand.
Katanya, program dikatakan akan diadakan Sabtu di Petaling Jaya selepas gagal mendapat tempat di Auditorium Muzium Negara.
“Belum pun reda tsunami dan gempa bumi
yang Indonesia asbab maksiat yang dilakukan, kini heboh pula Malaysia
dengan mengundang artis LGBT dari negara jiran,” katanya di sini.'
Sebelum ini poster program bertajuk 'Kissing Krist & Singto' tular di laman sosial.
Admin :Atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...
No comments