‘Panas, panas, abang tolong panas’, jerit pelajar tahfiz
KUALA LUMPUR, 14 Sept ― “Panas...panas...abang tolong panas!”
Jeritan pelajar tahfiz itu terngiang-ngiang di ingatan Shahirman Sharil yang menyaksikan sendiri kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi ini.
Shahirman, 39, yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata beliau mendengar jeritan para pelajar pusat tahfiz itu kira-kira 5 pagi.
“Saya melihat keadaan di luar masih gelap kecuali api yang marak di tingkat tiga pusat tahfiz berkenaan. Saya bersama penduduk lain cuba membantu mengeluarkan mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Shahriman, beliau dan jiran-jiran kemudiannya mengarahkan beberapa pelajar terjun dari tingkat tiga.
“Kami cuba menyambut mereka, ada yang melecur. Kami cuba bantu apa yang perlu sebelum menunggu ketibaan bomba untuk memadam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan,” katanya.
Setakat 10.30 pagi, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan maut dalam kebakaran di pusat tahfiz.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan seorang orang awam juga cedera. ― Bernama

No comments