Ketidakadilan Sistem Kepada Penjawat Awam Gred Pertengahan
OLEH : ONN ISMAIL
Pelbagai wacana atau permasalahan berkaitan isu Perkhidmatan Awam kerap juga diutarakan terutamanya oleh orang-orang politik terutamanya parti oposisi dan Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (CUEPECS).
Walaupun ianya kerap menyentuh isu-isu berkaitan gaji, elaun, persaraan dan juga perumahan, kolumnis seolah-olah terlupa tentang golongan pertengahan kumpulan ini iaitu GRED mula 29 – 38. Penulis terpanggil untuk membicarakan isu ini semenjak sekian lama tetapi dihanyutkan dengan isu-isu politik mutakhir Negara.
Rata-rata penjawat awam yang berada dalam kelompok berkenaan merupakan pemegang DIPLOMA yang mana gred mula mereka bermula DG, UB, N 29 dan berakhir gred 38.
Apa yang menjadi polemik di sini ialah mereka adalah pembayar segala jenis cukai yang diperkenal oleh kerajaan sejurus dilantik sebagai penjawat awam tanpa mendapat faedah imbalan seperti BRIM dan seumpamanya.
Berlainan pula bagi penjawat awam N19 dan ke bawah. Walaupun gred mereka rendah mereka masih boleh mendapat BRIM setiap tahun dan boleh merancang keperluan.
Jika diikutkan perangkaan sebenar, golongan pertengahan ini amat terkesan dengan iklim ekonomi masa kini. Apa tidaknya?
Dengan skim gaji yang amat sederhana dengan kenaikan tahunan purata RM155 setahun amat memeritkan ditambah pula dengan kos cukai yang sepatutnya tidak wujud dan boleh digunakan untuk tujuan keperluan lain seperti bayaran persekolahan anak-anak dan potongan rumah yang rata-ratanya berkadaran RM1000 dan ke atas.
Berbanding penjawat awam skim gred 41 dan ke atas yang mana mereka mempunyai pelbagai tambahan elaun dan menikmati kadar kenaikan tahunan yang tinggi sekitar RM250 dan ke atas!
Begitu juga halnya dengan elaun-elaun lain seperti perumahan dan ITKA juga setara dengan gred pemilik SPM.
Memang benar, dengan perkhidmatan efisyen LHDN, kelompok ini akan mendapat refund setelah melengkapkan boring e-filling, tetapi ianya tidaklah se efisyen mana.
Potongan cukai lebih pantas berbanding refund. Begitu juga dengan isu pemotongan cukai bagi kenaikan tahunan mereka.
Sepatutnya tiada keperluan untuk mencukai kerana kenaikan itu merupakan hak solid mereka. Pihak yang bertanggungjawab serta para cukong politik sepatutnya memperjuangkan isu ini bagi menarik sokongan pengundi.
Adalah dicadangkan supaya GRED kelompok ini dan ke bawah, dilepaskan dari cukai. Tentunya ada mekanisme terbaik bagi mengatasi jurang ini.
Struktur baru penggajian perlu dikaji secara serius oleh pihak berwajib. Cukup-cukuplah dengan GST yang amat menjerut leher.
Bagi pihak yang bermati-matian mempertahan GST, ayuh buktikan GST bukan untuk laba skandal 1MDB!

No comments