Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Hanya Berlian Yang Boleh Memotong Berlian


Ramai yang bertanya kepada saya adakah Tun Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan (PH) ? Bukankah beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?

2. Beginilah, Parti Amanah Negara (Amanah) bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia. Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung "rahmatallillalamin." 

3. Menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya. Amanah sentiasa mendepakan tangan untuk menyuburkan kebersamaan demi memperjuangan kepentingan rakyat seterusnya negara.

4. Tun Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik sepertimana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai "baggage". Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara. Tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa. Kita bersama menentang Najib kerana kesalahan yang beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara. Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.

5. Amanah bersedia memberikan kepercayaan kepada Tun Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini. Demikian juga KeAdilan dan DAP. Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan (PH). Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara. Kami berusaha memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

6. Pemimpin agung dalam peradaban manusia bersifat jiwa besar, pemaaf dan tidak berdendam.
Itulah akhlak mulia Nabi SAW . Demikian pula negarawan kelas dunia seperti Nelson Mandela , Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr yang membuktikan bahawa mereka berjaya membuang jauh sentimen kaum, warna kulit, peribadi dan dendam demi mengangkat kemulian insan di maya ini.

7. Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam. Ianya selari dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi _"only diamond can cut diamond"._ Tun Mahathir adalah _"diamond"_ yang mampu menghancurkan kekebalan Umno yang telah berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah.

#AmanahDemiNegara
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
Naib Presiden Pakatan Harapan

No comments