Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Apa sikap kita jika Dr Mahathir sendiri terpaksa berdepan Mahathirisme?

Oleh Fathi Aris Omar

Mahathirisme yang kita lawan; bukan batang tubuh Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathirisme sudah terbahagi dua: satu menjadi bayang-bayang dan satu lagi nyata, "alive and kicking", kata orang putih. Kita kena lawan dua-dua.

Sementara Dr Mahathir dan juak-juaknya masih hidup, mereka harus bertanggungjawab terhadap bayang-bayang Mahathirisme itu.

Isunya, yang diperdebatkan orang saat ini, apa sikap kita jika Dr Mahathir sendiri terpaksa berdepan Mahathirisme?

Kita kena lawan sekuat-kuatnya Mahathirisme yang hidup dan tercokol di depan mata kita, dengan tidak apologetik atau memutihkan bayang-bayang hitam Mahathirisme.
Apa pendekatannya?

Jadi, kita tidak boleh pisah-pisahkan persoalan ini dan tidak wajar pula ia dicampur-adukkan.
Bodoh jika kita nampak bayang-bayang Mahathirisme dengan memerangi sejarah tanpa bertungkus lumus menentang Mahathirisme yang nyata di depan mata.

Persoalannya, sebesar manakah kekuatan yang perlu untuk menentang Mahathirisme saat ini?
Sebesar mana pula kekuatan kita untuk menentang kedua-dua Mahathirisme itu?

Jika tiada kekuatan perlawanan, kita akan jadi idealis kedai kopi dan aktivis Facebook sahaja. Orang kerdil akan sentiasa suci, tidak tercemar, tetapi Mahathirisme akan berkembang.

Kita harus memilih sama ada untuk kekal suci sebagai sang idealis yang hingar-bingar atau segerombolan yang melawan walau gagal.

Nota: Mahathirisme boleh muncul di mana-mana sahaja, termasuk di kalangan pejuang Reformasi. Tidak pernah ada Reformasi yang suci, yang tuntas, semuanya tercemar dalam proses perubahan. Hanya kaki hingar yang suci, yang terus mengkritik dan mungkin diabaikan. Bercakap dan melawan dua hal yang berbeza.

No comments