4 Wakil Rakyat DAP Keluar Parti, Anwar Harus Bertaubat !
Oleh Alang Ibn Shukrimun
Nampaknya DAP diramal bakal kalah teruk PRU14 ini. Mereka bukan sahaja alan kehilangan sokongan melayu, malah cina sendiri.Di Malaysia, kerusi majoriti cina tidak sampai 50 kerusi. PRU13, mereka menang 38 sahaja. Target mereka PRU14 untuk tambah kerusi, maksima yang logik hanya 45.
Tetapi selepas terang-terangan bersikap anti Islam, undi melayu terus menurun. Ini menjadi masalah kerana mereka menang juga atas bantuan undi melayu.
Lalu mereka sanggup bersekedudukan dengan Mahathir. Harapannya kepercayaan melayu dapat dipulihkan.
Tetapi Mahathir dibenci oleh orang-orang Cina. Akibatnya orang cina pula menjauhi DAP. DAP jadi tersepit.
4 orang wakil rakyat adalah manifestasi kebencian sebahagian cina terhadap DAP. 4 orang tu bukan sedikit. Tentu mereka juga punya pengaruh yang besar. Sejak desas-desus Kit Siang mahu jemput Mahathir ke perhimpunan agung mereka lagi, ahli DAP pelbagai peringkat dah melenting.
Nampak gaya bukan nak tambah kerusi, nak kekalkan kerusi sedia ada pun dah mustahil. Rasanya tak sampai 30 kerusi yang DAP dapat PRU14 ini.
Itu satu sisi. Pada sisi lain pula tentang lompat parti ini, tiba-tiba rindu watak Karpal Singh dalam politik Malaysia.
Kalau dia ada, mesti dia orang pertama akan bising isu 4 wakil rakyat DAP yang keluar parti di Melaka tempohari.
Tahun 2009 dulu dia pernah sound Anwar sebagai punca huru hara negara. Kerana Anwar yang bawa budaya lompat parti, semasa cuba menarik MP-MP BN bukan Islam lompat parti dalam projek 16 September. Akibatnya, wakil rakyat DAP dan PKR pula yang lompat. Karpal mengamuk bukan main. Siap suruh Anwar bertaubat.
Jangan kata saya suka Karpal pula. Politik kena luas pemikiran. Saya umpamakan Karpal macam Trump sekarang. Memang dia pernah sebut langkah mayat saya dulu kalau nak jalan hudud, tapi dalam masa yang sama dia tak mudah dipergunakan. Dia berani lawan tauke. Prinsip dia tu yang membantu mendedahkan keburukan konco-konconya sendiri.
Trump pernah hambur kata-kata anti-Islam. Tapi dalam waktu yang sama, dia dah banyak langgar plan tauke-tauke Yahudi. Saya yakin Trump akan terus buat hal di Amerika, yang kesudahannya akan menerima nasib samada seperti nasib Kennedy, atau Nixon. Dan Amerika akan terus huru hara. Pertolongan Allah dalam bentuk yang tidak dirancang manusia.
Apapun, Jumaat lepas Mahathir ke Sungai Buloh berjumpa Anwar. Wan Azizah berkata curiga, kalau sekadar nak satukan pembangkang, tak perlulah sampai jumpa Anwar. Mesti ada benda lain lebih dari itu.
Nampaknya Anwar masih belum serik untuk berperanan, kali ini kembali sekapal bersama Mahathir.
Sekali lagi rindu Karpal. Ayat keramatnya yang menggoncang bahtera PKR:
"Saya dah banyak bersabar. Anwar telah menimbulkan banyak masalah kepada nagara. Kita perlu pemimpin yang baik. Yang tidak sekali-kali merelakan tindakan tidak bermoral seperti lompat parti.
Anwar Ibrahim harus bertaubat!"
No comments